Jom cuba resepi puding karamel ini!

Puding karamel ialah sejenis pencuci mulut yang sangat enak dinikmati ketika cuaca panas seperti sekarang. Ianya diperbuat daripada bahan – bahan yang mudah untuk didapati dirumah.

Dengar sahaja mengenai puding karamel, sudah tentu mengingatkan kita tentang teksturnya yang lembut dan licin, karamel yang mempunyai sedikit rasa pahit, tetapi sangat manis digabungkan dengan rasa lemak puding yang ramuannya terdiri daripada susu yang berkrim.

Walaubagaimanapun, ianya tidak seperti aiskrim yang akan cair, sebaliknya ia tidak mudah cair. Puding karamel sedap dimakan selepas disejukkan. Lazatnya!

Resepi ini telah dikongsi oleh Rohani Ibrahim dan telah mendapat perkongsian sebanyak lebih 2000 di Facebook.

Resepi Puding Karamel

Puding Karamel

Image via Facebook

Resepi ini daripada Chef Ezani, tetapi dia buat kek puding karamel. Saya tak buat kek, saya buat pudingnya sahaja.

Bahan – Bahan:

Bahan A:

  • Gula 4 atau 5 sudu besar

(Gula dipanaskan sehingga cair keperangan. Angkat sejurus gula cair dan biarkan sejuk.)

Bahan B:

  • 500 ml susu segar/susu cair.
  • Gula 3 sudu besar
  • Esen vanila

Bahan C:

  • Telur 4 biji (dipukul manja)

Cara – cara memasak:

  1. Bahan – bahan B dicampur semua.
  2. Masak untuk larutkan gula dan jangan tunggu sehingga menggelegak.
  3. Ambil sedikit adunan masukkan dalam telur (bahan C), kacau rata kemudian tambah baki adunan.
  4. Apabila sebati , tapis dan tuang dalam bahan A.
  5. Kemudian, kukus adunan dalam 30 ke 40 minit. Nota: Api kukus sederhana sahaja.
  6. Sekiranya anda tidak mahu kukus, bakar adunan pada suhu 170 darjah celcius menggunakan teknik steam bath.
  7. Masukkan dan sejukkan dalam peti ais 2 jam sebelum dinikmati.
  8. Akhir sekali, terbalikkan puding selepas 2 jam untuk mengelakkan ia pecah.
  9. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Puding Karamel

Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi resepi di Bidadari.my yang mudah dan dijamin lazat. Jangan lupa untuk melawat, menekan butang share dan mencubanya. Pasti anda tidak akan menyesal!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.