Jom cuba resepi puding raja. Berpuding pula kita hari ini. Puding raja merupakan  hidangan tradisi orang Pahang. Sejarahnya puding ini dihidangkan untuk keluarga diraja negeri Pahang.

Bahan asasnya ialah pisang lemak manis, pisang ini ialah yang terbaik untuk membuat puding raja, susu, buah prun, ceri dan kacang mete. Puding dihiasi dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos yang dibuat dari susu.

Pada masa kini pula, puding raja popular dihidangkan semasa Ramadan serta menikmati teh petang khas untuk keluarga pada hujung minggu.

Mari rasakan kenikmatan puding raja dengan resepi yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz di laman Facebook. Resepi sangat sedap yang menggamit selera. Selamat mencuba.

Resepi Puding Raja

puding raja

Imej via Facebook

Bahan Utama :

  • 2 sikat pisang lemak manis,
  • Telur,
  • Susu cair,
  • Buah prune,
  • Gajus,
  • Buah ceri.

Bahan Kuah Puding :

  • Susu cair 2 tin,
  • Telur 2 biji,
  • Esen vanila sesudu kecil,
  • Daun pandan 2 helai,
  • Gula setengah cawan,
  • Air 2 cawan.

Cara Buat Sos :

  1. Mula-mula buat sos, masukkan kesemua bahan-bahan di atas dalam satu periuk kecuali telur dan gula.
  2. Kemudian bila sudah panas sedikit, masuk telur sebiji-sebiji dan teruskan kacau.
  3. Terus masukkan gula. Pastikan dia manis-manis buah.
  4. Bila sudah menggelegak boleh tutup api.
  5. Kemudian tapis sebab kita mahu asingkan urat telur putih supaya sos jadi cantik.

Cara Membuat Jala Emas :

  • Telur kuning sahaja 10 biji,
  • Daun pandan 2 helai,
  • Gula 7 sudu besar,
  • Air 2 cawan.
  1. Panaskan air, gula dan daun pandan hingga mengelegak.
  2. Kacau kuning telur sampai hancur dan tapiskan.
  3. Kemudian masukkan kuning telur ke dalam bekas khas untuk menjala.
  4. Bila air sudah menggelegak, mulakan menjala.
  5. Buat sampai siap dan jika air semakin sedikit boleh tambahkan air.

Cara Buat Topping :

  1. Ambil pisang sebiji-sebiji dan dibuang kulit.
  2. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak.
  3. Letak 2 sudu minyak sapi untuk elakkan pisang melekat semasa di goreng dan pisang akan kelihatan cantik dan berkilat.
  4. Goreng pisang sehingga berubah warna keperangan gelap, angkat dan tapis.
  5. Seterusnya sangai gajus atau bakar di oven.
  6. Jika kesemua bahan sudah siap, boleh mulakan menyusun.
  7. Mula-mula letak pisang, kemudian letak jala emas,buah prune, ceri dan gajus.
  8. Makan bersama sos puding.

Sangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding raja, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.