Ada lebihan roti di rumah dan anda tak tahu nak buat apa dengan roti tersebut? Sila jangan biarkan roti itu rosak begitu sahaja kerana anda dapat menghasilkan satu menu pencuci mulut yang sangat sedap dan digemari ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Dah ada makanan yang sedap di rumah, tak perlu lagi mencari dan membeli makanan lain di kedai bukan.

Menu pencuci mulut yang kami maksudkan adalah puding roti marble milo. Haa nama dengar nama pun dah terbayang akan keenakannya kan. Yelah, bahan yang wajib ada adalah MILO. Serbuk milo menjadikan puding roti menjadi bertambah sedap. Jika kita hanya menggunakan serbuk koko, mungkin akan sedikit pahit. Tetapi apabila anda memasukkan dan mencampurkan serbuk milo ke dalam adunan, puding anda akan menjadi superb sedap!

Apa yang menjadi kelainan pada puding roti ini juga adalah puding ini diolah dengan memasukkan agar-agar. Jadi, rasanya nanti akan menjadi unik dan lazat. Jika ada anak-anak kecil di rumah, mereka pasti ternanti-nanti tak sabar ingin menghabiskan satu bekas puding roti marble milo ini. Kenapa marble? Sebab coraknya nanti akan menjadi seperti corak marble gitu. Eksklusif lah jugak!

Ingin mencuba resepi ini? Kami bawakan kepada anda satu resepi puding roti marble milo yang awesome. Resepi ini telah diupload oleh saudari Muliyana Suhud di Facebook. Katanya, jika dihidang ketika puding sejuk dari peti ais, bertambah lagi keenakkan. Haa jangan lupa untuk try ya!

RESEPI PUDING ROTI MARBLE MILO

Puding Roti Marble Milo

Image via Facebook

Bahan-bahan:

* 4 keping roti
* 1 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 10gram serbuk agar2 @ sepeket
* 1/2 cawan gula – bleh kurangkan
* 2 sudu besar [email protected] (cairkan)
* 3 1/2 cawan air
* satu penutup esen vanilla
* 2 sudu besar Milo & 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh jadikan pes supaya x berketul2)

Cara-cara:

1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Masukkan esen vanilla blend lagi. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah dididih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan bancuhan pes milo + koko td
5. Ambil sesenduk warna plain dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi. Biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. Ulang smula kaler plain dan buat hingga habis.. ketika [email protected]’marble’kan hendaklah dengan cepat sbb [email protected] nih mudah [email protected]
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
*Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. Bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Anda suka resepi ini? Jangan lupa untuk lihat lebih banyak resepi di blog kami ya. Ada bermacam-macam jenis puding, kek, kuih muih dan lauk pauk yang perlu anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .