Kami ingin kongsikan resepi puding roti.

Mencari idea untuk resepi minum petang atau pemanis mulut? Ya! Sudah pastinya, puding roti menjadi salah satu pilihan sebagai juadah minum petang atau pemanis mulut.

Selain bahan bahan yang mudah untuk dicari, cara cara memasak yang mudah juga menjadi salah satu sebab mengapa puding roti ini dijadikan pilihan sebagai juadah minum petang atau pemanis mulut.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita cuba resepi puding roti bersos kastad yang dikongsikan oleh Noor Lela . Buat pengetahuan anda semua, resepi ini telah mendapat lebih 1.8 ribu perkongsian di Facebook!

Resepi Puding Roti

Puding Roti

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Bahagian A

  • Roti 8 keping
  • Sekotak kismis

Bahagian B

  • 3 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu mentega

Bahagian C (sos kastad)

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu gula.
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu tepung kastad.

Cara cara memasak

1. Roti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam loyang kemudian ketepikan.

2.Masukkan kesemua bahan bahagian B ke dalam periuk dan kacau hingga semua sebati, tidak perlu sehingga mendidih. Gunakan api kecil.

Apabila bahan bahan sudah sebati, curahkan keatas roti tadi dan taburkan kismis diatasnya.

 

Puding Roti

Image via Facebook

 

3. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit.

Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dan didalam dulang ketuhar, letakkan segelas air kemudian barulah letakkan loyang agar suhu didalam oven sekata.

 

Puding Roti

Imej via Facebook

4. Sementara puding roti masak, kita buat sos kastad pula. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api.

Sendukkan puding roti yang telah masak kedalam pinggan dan curahkan sos kastad diatas puding roti tadi.

Selamat mencuba!

Resepi resepi menarik yang patut anda cuba!

Selain daripada resepi puding roti ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang semestinya dapat menarik minat semua. Jangan malu jangan segan untuk menekan link dibawah dan mencuba ya.

 

 

 

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.