Ayuh layan Oreo cheesekut akhir minggu ini. Oreo cheesekut hidangan pencuci mulut yang lembut dan lemak berkrim. Resepi cheesekut Oreo ini dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di laman Facebook.

Walaupun tampilannya tampak kompleks, namun cara penyediaan cheesekut adalah amat mudah. Cheesekut diperbuat menggunakan cream cheese yang dicampur dengan susu pekat dan susu cair sahaja, mudah bukan?

Hidangan ini diberi nama cheesekut kerana ia diperbuat menggunakan cream cheese dan biskut. Seterusnya biskut yang digunakan ialah crackers yang disusun berlapis dalam cheese.

Oreo juga tidak lupa ditaburkan di setiap lapisan crackes di antara cheese, juga ditaburkan sebagai topping. Sedapnya Oreo akan terasa di setiap gigitannya.

Resepi Cheesekut Oreo Mudah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • *250 gram cream cheese,
  • *150 ml susu pekat manis, kalau ingin manis boleh tambah lagi.
  • *200 ml susu [email protected] segar (kalau ingin lagi sedap boleh guna whipping cream),
  • 3 bungkus saltcheese crackers biskut,
  • 1 bungkus Oreo perisa vanilla 370 gram (ketepikan inti dan blend halus),
  • Susu cair secukupnya untuk celup saltcheese crackers biskut.

Cara-cara :

  1. Mix semua bahan bertanda * sampai sebati.
  2. Sediakan loyang yg sesuai. Lapik loyang dengan aluminium foil atau kertas minyak.
  3. Letak sesenduk adunan cheese tadi, ratakan di dalam permukaan loyang.
  4. Tabur serbuk oreo tadi, kemudian susun saltcheese crackers biskut secara rapat sehingga menutupi permukaan loyang. Sebelum itu, celup biskut cheese dengan susu cair terlebih dahulu.
  5. Kemudian letak lagi sesenduk adunan cheese, tabur oreo dan susun biskut cheese. Ulang proses ini sampai habis.
  6. Lapisan terakhir ditabur dengan serbuk Oreo.
  7. Simpan di dalam peti sejuk sehingga Oreo cheesekut keras dan boleh dipotong.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cheesekut Oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.