Siapa saja yang tidak pernah merasai ayam goreng KFC pada masa sekarang. Ayam goreng KFC sangat terkenal kerana kelazatan ayam gorengnya yang tiada tandingan. Ayam goreng KFC sangat terkenal kerana ianya sangat rangup dan juga rasa rempah ratusnya menjadikan ayam tersebut sangat menyelerakan. Rasa rempah ratus ayam goreng KFC terus menjadi rahsia terbesar KFC.

Tetapi, tahukah anda kini kita sudah menemui alternatif lain untuk menyediakan ayam goreng ala-ala KFC yang sangat rangup dan pedas. Jadi sekarang tidak perlulah anda pergi ke KFC lagi untuk membeli ayam goreng kerana anda sudah mempunyai resepi ayam goreng yang seakan-akan ayam goreng KFC. Pastinya resepi ayam goreng ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zalina Mokhtar di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Ayam Goreng KFC

ayam goreng kfc
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

Bahan basah:

  • Tepung Bestari Spicy dibancuh dengan air dan perap bersama ayam selama 30minit. Saya tambah daun limau purut.

Bahan kering : 

  • Tepung Bestari 5 sudu makan
  • Tepung Beras 3 sudu makan
  • Tepung Gandum 4 sudu makan

(Gaulkan kesemua bahan kering bersama)

Cara – cara memasak:

  1. Ambil ayam yang diperap tadi (pastikan tepung basah bersalut degan ayam) dan masukkan ke dalam bahan kering.
  2. Gaul menggunakan sudu supaya tepung tak terlekat pada tangan. Buat seketul seketul supaya ayam kena rata.
  3. Pastikan minyak betul – betul panas. Sebaiknya anda menggunakan periuk supaya ayam tenggelam dalam minyak.
  4. Sebelum masukkan dalam periuk, goncang sedikit lebihan tepung yang melekat pada ayam. Jangan bagi penuh di daam periuk, takut nanti ayam goreng tidak rangup.
  5. Bila ayam dah masuk, dan suhu sedikit tinggi, barulah kecilkan api sedikit. Biarkan ayam digoreng dengan perlahan.
  6. Goreng dalam 10 – 15 minit. Apabila sudah garing keemasan, angkat dan toskan minyak supaya ayam tak serap minyak.
  7. Siap!

Resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba yang terdapat di bidadari. Disini kami senaraikan sedikit buat rujukan anda. Jangan lupa untuk kogsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.