Mari masak resepi ayam goreng kunyit hari ini!

Bagi sebahagian masyarakat Melayu, ayam goreng kunyit ialah antara menu wajib ada di rumah. Makan dengan nasi putih digandingan dengan sambal belacan, kicap dan telur dadar. Heaven sangat! Tidak perlu masak lauk lain lagi.

Ayam goreng kunyit juga selalunya disediakan di mana-mana kedai makan melayu. Bahkan ayam goreng kunyit ini tidak hanya dimakan dengan nasi putih sahaja, namun ianya juga selalu digandingkan dengan nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.

Selain, ayam goreng kunyit juga biasa dijadikan hidangan untuk kenduri. Tanpa buat anda tertunggu maka kami hadirkan resepi ayam goreng kunyit daripada Nina Mahdar di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

ayam goreng kunyit

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ketul dada ayam dipotong kecil-kecil,
  • 1 sudu besar tepung bestari (boleh tambah sesudu lagi jika mahu garing),
  • 1 sudu besar serbuk kunyit,
  • 1 sudu besar serbuk kari,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 biji bawang merah dihiris tebal,
  • 1 inci halia dihiris halus,
  • Lada merah dihiris halus,
  • Lobak merah,
  • Bunga kobis,
  • Kacang panjang.

Cara membuatnya :

  1. Mula-mula satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan kari ke dalam ayam yang telah dipotong kecil tadi dan dikacau rata.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam masih melekat, biarkan seketika. Tunggu ayam garing sedikit baru diterbalikkan. Kemudian lerai-leraikan isi ayam yang melekat tadi.
  3. Setelah ayam garing, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
  4. Lalu masukkan pula kesemua bahan yang tinggal. Goreng sehingga semuanya masak.
  5. Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam goreng kunyit, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.