Resepi Ayam Masak Kicap (Lazat dan Ringkas!)

Sesiapa di sini suka makan ayam masak kicap? NAh kami kongsikan resepi ayam amsak kicap yang menarik untuk dicuba.

Ayam masak kicap ialah hidangan yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Ada ratusan menu yang berasaskan kicap yang telah diolah resepinya. Walaubagaimanapun, ayam masak kicap yang sememangnya ringkas dan mudah tetap mengungguli menu kegemaran orang Malaysia.

Kali ini kami bawakan resepi ayam masak kicap yang lain dari kebiasaannya. Resepi ini ringkas tetapi sedap dan wajar dicuba bagi peminat ayam masak kicap. Caranya yang mudah membolehkan sesiapa sahaja mencubanya, baik anda sendiri, suami atau mungkin anak anda.

Resepi ayam masak kicap ini dikongsi oleh Ieda Zairi di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat!

Resepi Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam (digaram dan dikunyitkan serta digoreng)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji buah keras (ditumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis (saya guna Enaq)
  • 3 sudu besar kicap manis ABC

Cara – cara :

  1. Tumiskn bahan – bahan yang ditumbuk bersama serai dan daun kari.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan kicap. Jika terlalu pekat, tambah air.
  4. Masukkan ayam boleh juga ditambah kentang.
  5. Seterusnya, masukkan bawang, tomato, dan cili padi.
  6. Perasakan ikut citarasa masing – masing.

Untuk perhiasan, anda juga boleh menambah beberapa bahan, antaranya:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Daun bawang

Resepi – resepi lain yang menarik dan boleh dicuba:

Selain daripada resepi Ayam Masak Kicap, disini juga kami sertakan resepi lain yang boleh anda sekeluarga cuba. Jangan lupa untuk menekan link dibawah dan mencubanya ya!

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!