Ramai orang kata diet itu susah. Namun tahukah anda, diet sebenarnya amat mudah sekiranya anda pandai menguruskannya. Salah satunya, mestilah melalui pemakanan. Makanan yang tidak bergoreng adalah lebih sihat. Selain daripada itu, pelbagai lagi pendekatan perlu diambil untuk berdiet.

Kali ini kami bawakan resepi ayam panggang yang amat mudah dan cepat. Resepi ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba untuk berdiet, atau sesiapa sahaja yang ingin untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Resepi ini juga amat sesuai untuk sesiapa yang malas untuk masak memandangkan bahan bahan dan cara pembuatannya yang mudah. Paling penting sekali, resepi ayam panggang ini, walaupun ianya mudah, ianya masih menjamin rasa yang lazat dan mengenyangkan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen yang positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Ayam Panggang Simple

ayam panggang

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam ½ ekor
  • Bawang putih 4 ulas
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Madu 3 sudu besar
  • Halia 2 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Didihkan air sekejap, kemudian rebus ayam separuh masak, angkat dan toskan. Nota: Sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa, boleh sahaja terus perap.
  2. Kemudian, tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia.
  3. Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk, kicap, sos tiram, madu dan garam.
  4. Perap untuk 30 minit. Tapi, lagi lama lagi sedap!
  5. Akhir sekali, bakar pada suhu 170-180 darjah celcius api atas bawah selama 40 minit.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba! Variasikan hidangan anda dengan idea resepi yang terdapat di Bidadari.my! Oh, dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga dan rakan – rakan anda ya. Selamat mencuba!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.