Bihun antara makanan ruji orang Malaysia. Boleh direbus dibuat sup dimasak sebagai bihun sup utara popular. Atau dimasak dengan sup soto dijadikan bihun soto. Paling mudah dijamu pada tetamu kerana bihun kering tahan lama dan boleh dihidangkan pada tetamu terutama yg datang mengejut tanpa notis. Memasaknya juga mudah malah sedap.

Paling penting bihun masakan popular dalam menu kenduri atau majlis-majlis kerana ia mengenyangkan, mudah dimasak dan tidak mudah basi. Mari cuba bihun popular belah selatan iaitu bihun goreng Singapura. Berwarna putih dan menggunakan lada hitam untuk menghasilkan rasa pedas sensasi lada hitam. Harus dicuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Habeebah Md Daud dan telah mendapat 9.3 ribu perkongsian! Katanya resepi ini diturun daripada mak mertua beliau. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi ini dan mencubanya.

Bihun Goreng Singapore

Bihun Goreng Singapore

Image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A

bihun goreng singapore

image via Facebook

Bahan rencah:

  • Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang.

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.

    bihun goreng singapore

    image via Facebook

  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

    bihun goreng singapore

    image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Wah, mudah dan cepat bolehlah dicuba minggu ini sebagai menu sarapan pagi atau dijamu pada tetamu. Pasti menjadi bualan tetamu nanti. Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk menekan butang “share” dan mencuba resepi ini ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.