Hari ini kami akan ingin kongsikan resepi ayam varuval. Ayam varuval ialah masakan India Malaysia.

Varuval artinya garing, maka ayam varuval maknanya ayam masak garing ala India. Resepi ini sedap, senang dan sihat.

Ayam varuval menggunakan pelbagai bahan seperti cili, bawang daun kari dan lain-lain. Oleh sebab itu, masa makan ada rasa pedas-pedas sedikit, manis sedikit, wangi bawang putih dan jintan besar. Menggoda selera ya.

Sila cubakan resepi ayam varuval yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy di laman Facebook. Kongsikan kepada jiran dan kerabat ya.

Resepi Ayam Varuval

ayam varuval

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Perap ayam dalam satu jam dengan ginger garlic paste, serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Kemudian ayam digoreng macam biasa secara deep fry.
  • Jintan besar dalam 4 sudu besar,
  • Bawang putih dalam 15 ulas,
  • Daun kari,
  • Cili kering,
  • Bawang besar 3 ulas, lagi banyak lagi sedap,
  • Pes ginger garlic sedikit,
  • Tomato satu.

Cara-cara :

  1. Goreng jintan besar. Ketepikan.
  2. Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Lagi banyak daun kari lagi sedap.
  3. Seterusnya tumis bawang besar, pes ginger garlic dan tomato. Tumis sampai bawang bertukar warna.
  4. Jika sudah bertukar warna, masukkan serbuk cili kering babas atau blend cili kering pun boleh. Tambah cili ikut tekak masing-masing ya, varuval tidak boleh pedas sangat nanti tidak sedap.
  5. Masak di atas minyak saja, jangan letak air. Air dari bawang sudah cukup. Oleh sebab itu bawang kena lebih.
  6. Tambah garam dan gula, tunggu sampai garing dan pecah minyak. Varuval kena garing dan manis-manis sedikit.

    ayam varuval

    Imej via Facebook

  7. Rasakan dulu, kemudian masukkan bahan-bahan yang kita goreng tadi; jintan besar, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul rata.
  8. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  9. Gaul sebati dan rasakan lagi. Jika kurang perasa tambahkan lagi.
  10. Siap, tutup api.
  11. Boleh tabur daun pudina dan daun ketumbar.‎

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam varuval, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.