Mencari menu makanan yang paling senang?

Ayam Paprik boleh dijadikan pilihan kerana masakan ini paling senang, sebab tak perlu masak menu tambahan lain. Cukup semua ada, termasuk sayur dan ayam.

Ayam paprik merupakan makanan khas Thailand. Namun hidangan ini dapat dijumpai di semua kedai melayu juga. Untuk satu bahagian hidangan ayam paprik biasanya harga sekitar RM 7- RM 10. Lebih berbaloi jika masak sendiri.

Masyarakat malaysia dengan ayam paprik berpisah tiada. Oleh itu kali ini kami ingin berkongsikan resepi ayam paprik yang sedap ala restoran. Resepi perkongsian ramai hingga 4.4K ini dikongsikan oleh ‎Nora Abdullah‎ di laman Facebook. Sila cuba resepinya.

Resepi Ayam Paprik Ala Restoran

ayam paprik

Imej via Facebook

Bahan Tumis :

  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang putih 3 ulas tumbuk
  • Halia hiris
  • Serai 2 batang, titik
  • cili padi 4 biji (tumbuk)
  • Daun limau purut 5 helai

Bahan Sos :

  • Sos tiram, sos tomato dan sos cili. Agak-agak berapa banyak. Boleh lebihkan sos tomato.

Bahan Sayur :

  • Boleh guna carrot, bunga kubis, kacang panjang @ kacang buncis, tomato dan lain-lain.

Cara Menyediakan Ayam Paprik :

  1. Bersihkan ayam dan dipotong dadu.
  2. Gaul dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit perasa maggi cukup rasa.
  3. Goreng sehingga garing dan angkat.
  4. Tumis kesemua bahan tumis, kemudian masukkan sos.
  5. Masukkan sedikit air bagi balance dan ada kuah. Kalau tak nanti jadi pekat sangat.
  6. Kalau sudah menggelegak, masukkan sayur dan ayam.
  7. Sayur tak perlu masak lama sangat.
  8. [email protected] tak perlu pakai. Sebab sos tomato, sos cili dan sos tiram sudah cukup perasa.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam paprik, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.