Begedil memang sangat diminati. Di tempat asalnya sendiri iaitu Indonesia, makanan ini dipanggil perkedel, namun juga dikenal sebagai begedil sebagaimana orang jawa memanggilnya. Ianya dipanggil begedil hingga ke Malaysia dan Singapura.

Begedil tersedia dalam pelbagai macam variasi, antaranya begedil kentang, begedil tauhu dan begedil jagung. Ada pula yang membuat begedil daging ataupun begedil ayam, seperti resepi yang dikongsikan oleh Nor Ima‎ di Facebook yang mendapat perkongsian ramai.

Begedil ayam dibuat dengan berbahan dasar kentang tumbuk. Bergedil biasanya sedap dimakan bersama soto ataupun sejenis makanan berkuah sup. Begedil pula sedap dimakan macam itu sahaja tanpa soto mahupun sup. Lagi sedap kalau makan begedil dengan cili api ataupun sos cili.

Cara memasak begedil pula sangat simple dan tidak memakan masa. Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan dan tidak leceh. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini.

Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!

resepi begedil ayam

Imej via Facebook

  • 1 kg kentang.
  • 3 tangkai daun sup diracik halus.
  • 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.
  • 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka).
  • dada ayam, banyak ikut selera.
  • garam secukup rasa.
  • *telur secukupnya.
  • *minyak untuk menggoreng.

Cara Memasak Begedil Ayam

1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.

2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.

3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.

4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *

5. Tambah perasa ikut selera sndri.

6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar.

resepi begedil ayam

Imej via Facebook

7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.

8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Tips :

Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Begedil Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.