Makan malam dengan ayam madu sedap sungguh. Apalagi kalau digandingkan dengan nasi minyak dan acar timun.

Ayam madu ala mamak yang dikongsikan oleh Adnilsam Apat di laman Facebook ini patut anda cuba. Sos madu ayam diperbuat menggunakan bahan-bahan yang terasa enaknya.

Selain dihidangkan untuk makan malam bersama keluarga, ayam madu juga sedap dijadikan menu iftar yang merangsang selera. Makan pula jadi berselera.

Resepi Ayam Madu Ala Mamak

ayam masak madu

Imej via Facebook

Bahan-bahan Ayam Goreng Mamak :

  • 1 ekor ayam – dipotong 8 & dicuci bersih,
  • 3 sudu besar tepung jagung,
  • 1 sudu besar tepung beras,
  • 1 sudu besar pes halia,
  • 1 sudu besar pes bawang putih,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 1 sudu besar kunyit serbuk,
  • 1 biji limau nipis.

Bahan-bahan sos madu :

  • 1 sudu besar marjerin,
  • 2 sudu besar minyak jagung,
  • 2 sudu besar rempah kari daging,
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu kecil cuka makan,
  • 40gm buah kurma – dikisar halus,
  • 2 sudu besar gula,
  • Garam secukup rasa,
  • 100 ml madu,
  • 1 cawan air panas,
  • ½ biji buah oren (size kecil)-ambil jusnya,
  • Garam secukup rasa,
  • Minyak untuk menggoreng.

Bahan-bahan penumis :

  • 1 inci kulit kayu manis,
  • 3 kuntum bunga lawang,
  • 2 biji buah pelaga,
  • 1 helai daun pandan-disimpul.

Cara-cara :

  1. Gaulkan tepung jagung dan tepung beras bersama bawang putih dan halia. Gaul rata.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan perahan air limau nipis. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20-30minit.
    ayam masak madu

    Imej via Facebook

  4. Gorengkan ayam hingga garing dan angkat. Ketepikan.
    ayam masak madu

    Imej via Facebook

  5. Untuk kuah madunya, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi bersama minyak jagung dan marjerin.
  6. Tumiskan bahan-bahan penumis terlebih dahulu. Masukkan pes buah kurma, gula, madu, serbuk cili,serbuk kari, sos cili, sos tomato, air panas, cuka dan perahan jus oren.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka boleh renjiskan sedikit aji.
  8. Biarkan hingga masak dan pekat.
    ayam masak madu

    Imej via Facebook

  9. Tuangkan ke atas ayam yang sudah dikerat-kerat dan siap untuk dihidangkan.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam madu , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.