Suka ayam lemon? Anda patut tengok resepi perkongsian hari ini kerana kami akan kongsikan resepi ayam masak lemon yang padu buat anda menitik air liur.

Ayam masak lemon ialah ayam yang dimasak dengan jus lemon. Ada beberapa jenis sebenarnya versi masakan ayam lemon, antaranya di Italia ayam lemon dimasak dengan membakar keseluruhan ayam dengan jus lemon.

Sedangkan pada resepi yang dikongsikan oleh Yati Mohd‎ di laman Facebook ini mengikut resepi ayam masak lemon pada umumnya iaitu dengan memotong ayam kecil-kecil kemudian dibalut tepung terlebih dahulu baru digoreng sebelum akhirnya disalut dengan jus lemon.

Menengok gambarnya saja sudah bikin menitik air liur. Apalagi kalau sudah makan nanti. Rasa asam lemon dan manisnya madu sungguh membangkitkan selera. Tak sabar? Jom buat resepinya.

Resepi Ayam Masak Lemon

ayam masak lemon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam bahagian dada dihiris nipis sedang-sedang lebar. Seeloknya ditumbuk sedikit dengan anak lesong cili.
  • Perapkan dengan : sedikit gula, garam, lada sulah, 2 sdb tepung jagung dan 2 sdb tepung kastard. Sebatikan dan biar dalam 2 jam atau lebih lama lagi bagus.
  • 4 sdb pati oren suhquick,
  • 4 sdb madu,
  • Lemon sebiji yang sedang perah ambil jusnya,
  • Sedikit bijan yang disangai terlebih dulu,
  • Sebiji cili padi dihiris nipis,
  • Sedikit air tepung jagung.

Cara Menyediakan :

  1. Mula-mula goreng ayam hingga garing, ketepikan.
  2. Di dalam kuali lain tanpa minyak, satukan madu, pati oren sunquick dan jus lemon.
  3. Masak dengan api perlahan hingga menggelegak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan sebatikan hingga menyaluti ayam.
  5. Jika terlebih kuah, masukkan air tepung jagung.
  6. Perasakan. Jika sudah sesuai dengan selera, boleh tutup api.
  7. Angkat ayam ke dalam piring dan taburkan bijan dan cili api. Siap untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak lemon, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.