Parpu telur merupakan sebuah resepi yang amat mudah untuk disediakan. Ianya diperbuat daripada kacang parpu. Namun begitu, anda juga boleh gantikannya dengan kacang dhall, mengikut kepada citarasa anda.

Resepi ini amat terkenal di Pulau Pinang dan ianya merupakan salah sebuah resepi kaum India. Terima kasih kepada kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia, kita mempunyai variasi hidangan yang menarik dan ini juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa kerana diversitinya.

Resepi parpu telur ini telah dikongsikan oleh Masni Bahari dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita check it out!

Resepi Parpu Telur

parpu telur
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kacang parpu ( perlu diredam semalaman)
  • Telur (terpulang nak rebus atau pecah)
  • Santan
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam
  • Serbuk perisa
  • Ubi kentang
  • Tomato (dibelah 4)

Bahan blend

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan tumis darat

  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Daun kari
  • Cabai kering dipotong dua

Cara – cara memasak:

  1. Rebus kacang parpu yang sudah direndam semalam didalam periuk atau kuali.
  2. Kemudian, tuang bahan blend dan serbuk kunyit. Jangan lupa untuk letakkan minyak sedikit.
  3. Rebuskan sehingga parpu lembut.
  4. Apabila sudah lembut, bolehlah letakkan ubi kentang.
  5. Seterusnya, apabila ubi kentang sudah empuk, masukkan santan, telur, garam dan serbuk perisa. Kemudian, masukkan tomato.
  6. Tumiskan bahan yang perlu ditumis darat tadi bersama dengan minyak sedikit. Apabila sudah garing, bolehlah dituang ke atas masak parpu kita tadi.
  7. Pastikan kuah mendidih dahulu.
  8. Tutup api dan siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.