Teringin dinner dengan char kuey teow? Beli di kedai sudah tentu habis RM 7-8. Belum lagi kalau makan luar dengan satu keluarga. Boleh tahan juga habis duit dibuatnya.

Baik buat sendiri char kuey teow untuk dinner satu keluarga. Puas hati dan puas perut. Bahkan rasa char kuey teow ini yang dikongsikan  oleh Rozmaliza Omar di laman Facebook rasanya sangat sedap dan lazat macam kedai, sehingganya mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.

Pada perkongsian ini akan dijelaskan kepada anda cara membuat char kuey teow mulai dari paste nya hingga mee nya. Resepi yang detail sangat akan kami terangkan kepada anda langkah demi langkah.

Selain itu, char kuey teow juga boleh dihidangkan untuk menjamu tetamu mahupun dihidangkan pada acara-acara tertentu. Sangat sedap, lazat dan berbaloi tentunya. Selamat mencuba.

Resepi Char Kuey Teow

char kuey teow

Imej via Facebook

Bahan Paste :

  • Udang diambil kepala saja,
  • 1 liter air ,
  • 6 ulas bawang putih diketuk,
  • 1 senduk kecil sos tiram,
  • ½ senduk kecil kicap pekat,
  • 1 senduk kicap manis,
  • 2 kiub pati ikan bilis,
  • 2 sudu kecil garam,
  • 2 sudu kecik gula.

Cara Untuk Paste :

  1. Mula-mula kisar kepala udang, tapis dan rebus dengan air.
  2. Kemudian campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi.
  3. Reneh hingga menjadi paste yang sedikit pekat. Matikan api dan biarkan paste sejuk. Boleh simpan dalam fridge.

Bahan Untuk Mee :

  • 300 gram kuey teow (untuk 3 pinggan, guna yang halus),
  • ½ kg udang saiz L,
  • 1 sudu kecil cili mesin,
  • Kucai dan taugeh,
  • 1 biji telur.

Cara Untuk Mee :

  1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
  2. Kemudian masukkan udah 4-5 ekor. Masak sampai udang bertukar warna.
  3. Kemudian masukkan 2 senduk kecil paste.
  4. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah maka letak sedikit air dalam ½ cawan.
  5. Bila air mendidih, masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
  6. Lalu pecahkan telur, kacau dan boleh diangkat.
  7. Siap.

Tips :

  1. Proses memasak char kuey teow ini dalam 3 minit sahaja. Pastikan api kuat semasa memasak.
  2. Lagi satu, masa goreng char kuew teow ini kena buat sepinggan-sepinggan. Contohnya kalau mau goreng tiga pinggan, maka kena guna tiga biji telur.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi char kuey teow, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.