Kurma, bukan buah kurma, tapi masakan kurma. Kali ini kami bawakan sebuah resepi yang berasal daripada masakan mamak iaitu kurma. Selalunya, masakan kurma ini dimasak bersama dengan ayam ataupun daging.

Tapi kali ini, kami bawakan resepi yang lain sedikit, iaitu kurma telur. Kurma telur ini menggunakan telur rebus, jadi ianya pasti menjadi kegemaran anak – anak kita. Kalau dimasak dengan air tangan anda, ianya bukan sahaja dapat memikat selera anak – anak, malahan dapat juga memikat selera suami tersayang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal dan mendapat like serta perkongsian yang ramai.

Resepi Kurma Masak Telur

kurma masak telur
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 10 biji telur direbus sehingga betul masak. Kopek buang kulit dan goreng sekejap sahaja, toskan.
  • 4-5 biji kentang (potong ikut suka)
  • 3 cwn santan dari 1 biji kelapa parut (kelapa parut kisar dengan 3 cawan air, perah ambil santannya)
  • 10 biji padi hijau jangan buang tangkai (hiasan)
  • 2 pcs cili merah potong serong (hiasan)
  • 2 1/2 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 pcs bunga lawang
  • 1 bj bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebesar ibu jari halia (hiris)

Bahan pes:

  • 3 paket kecil rempah kurma
  • 1 sdb rata garam
  • 1/2 sdt ajinomoto
  • 1 pcs asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 cawan air

(Kacaukan kesemua bahan ini untuk dijadikan pes)

Cara cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bunga lawing, kayu manis dan bahan hirisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma yang disedikan sehingga naik minyak.
  3. Masukkan kentang, gaulkan sebati. Apabila kentang sudah mula untuk empuk, masukkan santan.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan telur.
  5. Masukkan cili padi hijau dan cili merah.
  6. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untuk hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.