Apakah anda mempunyai masalah dengan obesiti?
Dan apakah anda mencari-cari menu diet yang sangat berkesan dan tidak menyiksa?
Maka kami sarankan anda untuk mencuba diet atkins.

Berdasarkan sumber, diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini berarti berat badan anda akan mula menyusut.

Prinsip diet atkins adalah menyekat karbohidrat, jadi tubuh kita seolah-olah dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan. Pendekatan diet atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

Diet atkins terdiri daripada 4 fasa. Sekarang pula kami akan mengongsikan kepada anda resepi sihat diet atkins fasa 1 iaitu chicken chop yang simple. Resepi yang dikongsikan oleh Fafae Mimie di Facebook ini tidak menggunakan tepung dan aji sama sekali. Sehingga kadar karbohidratnya pun rendah dan sesuai untuk diet atkins. Sila cuba resepi ini.

Resepi Chicken Chop Ala Diet Atkins Fasa 1

resepi diet atkins fasa 1

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam.
  • 2 sudu butter.
  • 2 sudu bawang holland.
  • 1 sudu kecik lada hitam dan lada sulah.
  • 1 keping cheese.
  • 6 sudu whipping cream.

Cara Membuat

1. Perap ayam dengan lada hitam, garam dan cajun (pilihan) lepas itu grillkan.

2. Cairkan butter. Tumiskan bawang hingga wangi.

3. Masukkan serbuk lada, whipping cream, sedikit air dan sedikit garam.

4. Akhir sekali masukkan cheese.

5. Sentiasa kacau sehingga masak.

6. Untuk coleslow. Gunakan 1 sudu whipping + mayonis secukupnya.  Siap.

resepi diet atkins fasa 1

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Chicken Chop Diet Atkins Fasa 1, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.