Tom yam ialah sejenis sup yang berasal daripada Thailand. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Tom yam sedap dimakan bersama nasi dan bihun.

Teringin memasak tom yam namun bimbang mengikuti resepi yang mana satu? Maka sebaiknya anda mengikuti resepi tom yam power yang mencecah 12 ribu perkongsian di Facebook oleh Miya Aira‎ ini.

Resepi ini memiliki petua rahsia memasak tom yam yang jarang diketahui ramai. Rahsia itu ada pada bahan-bahan yang digunakan. Salah satu petua sedapkan tom yam ialah akar ketumbar dan lengkuas. Sangat sedap, buat satu kuali boleh terus habis. Makan dengan nasi panas-panas tambah telur dadar lagi lazat.

Rahsia lain ialah menggunakan pes tom yam. Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Pes itu kemudian dibotolkan. Perisa tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang menggunakan bahan herba segar.

Resepi Tom Yam

tomyam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Bahan A :

  • Ayam, potong kecil-kecil. Mahu tambah seafood macam udang dan sotong lagi sedap.
  • Sebiji bawang besar (hiris), mahu lagi sedap guna bawang holland.
  • 4 ulas bawang putih (ketuk).
  • 2 batang serai (ketuk dan hiris menyerong).
  • 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit, petua saya).
  • Lengkuas (hiris).
  • Cili padi (ketuk).
  • Akar ketumbar. (Rahsia sedapkan tomyam)
  • Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan).

Bahan B :

Inilah bahan-bahan rahsia.

  • Pes tom yam botol kecil.
  • Pes cili thai.
  • Susu cair sejat.
  • Daun ketumbar (hiris). Jangan tertukar daun ketumbar dengan daun sup ya.
bahan tomyam

Imej via Facebook

Cara Memasak :

1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.
2. Kemudian masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.
3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan satu botol pes tom yam. Kalau guna pes botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar.
6. Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai. Kacau sebati.
7. Lepas itu, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
8. Masukkan sayur.
9. Masak hingga sayur empuk.
10. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat dalam 4 sudu besar. Kacau sebati. Terus tutup api.
11. Akhir sekali tabur daun ketumbar. Tidak perlu perah asam limau kerana pes sudah secukup rasa masam dia.

tomyam

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tom yam sedap, kami juga menulis resepi sedap lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.