Akhir-akhir ini periuk noxxa menjadi kegilaan ramai para suri rumah. Periuk noxxa ialah periuk tekanan serbaguna.

Disebut serbaguna kerana ia boleh menumis, menggoreng, stim, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi mahupun rendah. Walaupun tampak hanya seperti periuk nasi biasa.

Salah satu resepi periuk noxxa yang viral ialah dodol. Dodol ialah makanan manis yang boleh dijadikan camilan, anak-anak sangat menyukai dodol. Kadang juga dodol dapat dijadihkan hidangan camilan untuk majlis-majlis mahupun perayaan.

Jarang orang mahu membuat dodol di rumah kerana penyediaannya yang leceh. Dodol yang dimasak dengan periuk biasa juga memerlukan tenaga untuk mengacaunya dan lama. Namun dengan periuk noxxa semuanya jadi mudah.

Memasak dodol dengan periuk noxxa hanya memerlukan masa yang singkat. Gerenti dodol yang dihasilkan lembut, sedap dan menjilat jari. Jom tengok resepi perkongsian daripada Ida Karim di facebook di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Dodol Periuk Noxxa

dodol noxxa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 paket tepung pulut (500 g)
  • 3 ketul gula enau atau gula melaka
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
  • 2 kilo santan pekat
  • 2 mug air
  • 2 helai daun pandan

Cara Menyediakan :

  1. Cairkan gula dengan secawan air, biarkan sejuk.
  2. Campur tepung, santan, air kemudian kacau sampai sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan air gula (pastikan sejuk).
  4. Letak daun pandan.
  5. Masukkan dalam periuk noxxa.
  6. Kemudian masak steam 20 atau hp 10 min (saya guna hp).
  7. Pastu stir fry (tak perlu tutup periuk noxxa) dan kacau sampai pekat.
  8. Stir fry lebih kurang 1 jam. Ikut pekat mana yang kita nak.
  9. Test dengan sehelai daun pandan letak dipermukaan kalau tak melekat maknanya sudah masak lah dodol itu.

Nota :

  • Jangan guna santan kotak.
  • Anggaran masak lebih kurang 1 jam 30 min.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi dodol noxxa, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.