Resepi simple yang boleh anda olah ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Senang dan ianya menjadi. Roti pula lembut dan gebu sangat.

Roti yang gebu dan lembut kemudian disapukan dengan sos madu dan butterscotch ke atasnya, membuat roti ini patut diberi nama roti sarang lebah. Ibarat sarang lebah yang penuh madu, manis dan melekit selalu disukai dan digilai ramai.

Yus Sue di laman Facebook berkongsikan cara membuat roti sarang lebah step by step. Bahkan dengan bahan seadanya boleh ciptakan roti enak ini. Tangzhong ialah wateroux. Sejenis bancuhan untuk melembutkan roti. Bancuh tepung gandum saja

Roti sarang lebah boleh anda buat untuk hidangan acara-acara majlis, boleh juga untuk hidangan petang-petang dan untuk berniaga. Dijadikan oleh-oleh juga amat menarik. Selamat mencuba.

Resepi Roti Sarang Lebah

roti sarang lebah

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 150 ml air suam,
  • 1 sudu besar yis,
  • 1 sudu besar susu pekat,
  • 1 sudu besar gula.

Bahan B :

  • 250 gm tepung gandum high protein,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar susu tepung,
  • 1 sudu besar water roux/tangzhong (1 sudu besar tepung gandum + ¾ cawan air dimasak hingga agak pekat dan biarkan sejuk).
  • 1 biji telur,
  • Secubit garam.

Bahan C :

  • 1 sudu besar susu segar,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar madu.

Hiasan :

  • Almond,
  • Biji labu,
  • Bijan hitam.

Sos Butterscotch :

  • ½ cawan gula perang,
  • 25 gm butter,
  • ½ cawan whipping cream,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan A, kacau dan biarkan 10 minit sampai berbuih.
  2. Setelah 10 minit satukan dengan bahan B, gaul rata.
  3. Uli sehingga licin dan doh tidak melekat di tangan. Uli dalam 20-30 minit.
  4. Tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yang disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Sapu bahan C (bancuhan susu, telur dan madu) ke atas roti.
  7. Tabur bahan hiasan, almond, biji labu dan bijan hitam.

    roti sarang lebah

    Imej via Facebook

  8. Bakar suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
  9. Terus sapukan butter masa keluar dari oven.
    roti sarang lebah

    Imej via Facebook

    Sambil tunggu roti siap. Buat sos butterscotch.

  10. Masak gula hingga cair guna api kecil.
  11. Masukkan butter gaul sebati.
  12. Masukkan whipping cream, kacau sebati hingga berbuih dan pekat.
  13. Akhir sekali masukkan garam.
  14. Selepas roti masak dan keluar dari oven terus siram butterscotch.

    roti sarang lebah

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti sarang lebah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.