Pernahkah anda makan kek lembut lagi moist? Kek tersebut adalah kek span, yang memiliki tekstur lembut seperti span. Tidak hairanlah ia dinamai demikian.

Kek span adalah antara kek yang tengah naik tular masa kini. Tidak sedikit orang yang menghidangkan kek span sebagai sekadar pencuci mulut mahupun untuk dihidangkan kepada tetamu.

Terdapat banyak jenis kek span, ada kek span vanila, kek span pandan, kek span coklat dan masih banyak jenis lain yang tidak kami sebutuan. Pada tulisan kali ini kami menunjukkan cara-cara membuat kek span coklat yang paling terbaik.

Dari banyak-banyak resepi yang ada, resepi kek span coklat yang dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah inilah antara yang menarik perhatian. Tampak dari banyaknya perkongsian di Facebook. Tanpa tunggu lama, jom kita mula cubakan resepinya.

Resepi Kek Span Coklat

kek span

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 140 gram gula kastor,
  • 15 gram ovalette,
  • 5 biji telur gred B,
  • 110 gram tepung self rising,
  • 1 sudu kecil serbuk penaik,
  • 20 gram serbuk koko,
  • 40 gram air,
  • 1 sudu kecil emulco coklat,
  • 70 gram minyak masak @ minyak jagung.

Cara-cara :

  1. Gula dan ovalete disatukan dalam bowl mixer.
  2. Gaul rata dengan sudu supaya ovallete tidak terlalu berketul.
  3. Kemudian masukkan telur dan tepung yang ditambah serbuk penaik yang telah diayak.
  4. Kemudian putar perlahan sehingga rata sebelum menukar kepada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu (agak memakan masa sedikit, kena pastikan betul-betul kembang dann gebu ya).
  5. Setelah itu, masukkan air yang dibancuh dengan emulco coklat dan diputar lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan serbuk koko dan setelah adunan sebati, masukkan minyak dan putar perlahan selama 3 minit.
  7. Jika adunan belum sebati, gaul dengan senduk sehingga sebati.
  8. Griskan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper sebelum dibakar.
  9. Bakar pada suhu 180°C (ikut oven masing-masing) sampai masak.
  10. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai kek.
  11. Biarkan sebentar dan terbalikkan kek semula. 1 adunan ini adalah untuk 1 biji kek loyang saiz 8″ atau 9″. Kalau ingin buaat saiz 4″ bole dapat 5 biji.

    kek span

    Imej via Facebook

Bahan Aising :

  • 350 gram krimwell,
  • 150 gram buttercup,
  • 250 gram gula aising (ayak 3x),
  • 2 sudu kecil esen [email protected] vanilla.

Cara-cara :

  1. Pukul krimwell yang ditambah buttercup sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan esen vanilla. Pukul seketika lagi dan siap.
  3. Kek yang sudah sejuk dipotong tengahnya untuk dibahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Sapu sedikit aising di atas cake board, letakkan potongan yang pertama dan lapiskan aising si atas kek.
  5. Kemudian lapikkan dengan potongan kedua dan salut aising di seluruh kek dan lepa kek (bagian ini memerlukan skill, boleh rujuk di youtube).
  6. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek span coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.