Teringin membuat kek marble tapi tak tahu sukatan yang betul kerana tidak adanya penimbang di rumah.

Apa kata pinjam punya jiran dahulu sekejap. Nasib kalau jiran punya, kalau lah jiran juga tak punya apa kena buat?

Sudahlah banyak permintaan membuat kek marble daripada anak-anak dan suami kena buat hari ini juga.

Kali ini anda tak perlu risau lagi. Anda tetap boleh membuat kek marble di rumah bahkan tanpa penimbang sekalipun untuk sukatan. Kerana pada resepi kali ini kami akan berkongsi resepi kek marble mudah menggunakan sukatan cawan sahaja.

Anda tak perlu risau tentang sukatan ini itu juga tentang rasanya. Kerana resepi daripada Atien Asraff‎ di laman Facebook ini gerenti memang sangat mudah dan sedap. Terbukti dengan ramainya perkongsian untuk resepi ini.

Ramai yang telah mencuba resepi ini dan gerenti semuanya menjadi. Kek marble susu mudah dan simpel yang telah menjadi kegemaran ramai. Sekarang masanya anda pula membuat kek marble sukatan cawan semudah ABC ini.

Resepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan

kek marble sukatan cawn

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur
  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula castur/gula halus
  • 2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Perwarna ikut suka

Cara-cara :

  1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
  3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
  5. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder. Kaup balik saja.
  6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati.
  7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
  8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ke marble susu sukatan cawan, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.