Siapa di sini mahukan resepi lontong? Menu ini sering dikaitkan dengan Ramadhan atau Aidilfitri.

Biasanya bulan ramadan ini adalah bulan yang paling sibuk bagi seorang tukang masak. Sibuk nak fikir menu apa untuk masak berbuka. Nak fikirkan bahan-bahannya. Nak fikirkan keluarga suka atau tidak resepi baru ni. Pendek kata macam – macam perkara tukang masak kena fikir. Begitulah sibuknya seorang tukang masak.

Namun, lazimnya menu berbuka ni mesti menu istimewa terutama bila berkumpul bersama sanak saudara. Masing-masing membawa juadah masing-masing atau ‘pot luck’.  Mencuba resepi baru yang enak dan mengenyangkan.

Apa kata anda mencuba resepi lontong dan kuah lodeh untuk berbuka hujung minggu ni, mungkin ia bakal menjadi kegemaran keluarga anda.Menu yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadhan.

Selain daripada itu, lontong dan kuah kodeh sesuai dijadikan  menu rumah terbuka di aidilfitri nanti. Bukan itu sahaja, ianya antara juadah wajib menjelang hari raya. Lazimnya dimasak pada malam raya atau pada hari terbuka di hari raya. Dikatakan hidangan orang Jawa. Masakan ini juga kini menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

Resipi ini dikongsi oleh Sakura PelangiEmpire dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Lontong dan Kuah Lodeh

Lontong

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 inci lengkuas (dititik)
  • 2 batang serai, (dititik)
  • 500 gram udang
  • Santan dari 1/2 biji kelapa
  • 7-8 batang kacang panjang (dipotong)
  • Sengkuang / lobak dipotong panjang
  • 1 bungkus tempe, (dipotong kiub)
  • 3 ketul tauhu, (dipotong kiub)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Fucuk / Suun / Kobis ( pilihan )

(Tempe & tauhu boleh digoreng separuh masak terlebih dahulu )

Bahan untuk dikisar halus:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
Bahan untuk dihidang bersama:
  • nasi impit (direbus)
  • telur (direbus)
  • tempe, hiris nipis dan goreng garing (pilihan)
  • ikan bilis kecil, goreng (pilihan)

Cara – cara memasak:

  1. Bersihkan udang, buang kepala dan kulitnya (jika suka).
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lengkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan lobak, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
  5. Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan.
  7. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  8. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
  10. Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
  11. Siap!

Nota: Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.

 

Resepi – Resepi Lain

Terdapat beberapa resepi lain yang anda oleh cuba dimana ianya sangat menarik dan juga mudah untuk dimasak. Jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan bersama yang tersayang. Selamat mencuba!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.