“Adududu, ikan pekasam sedap dimakan dengan nasi putih panaih-panaih! Ikan pekasam perah limau, letak cili dan bawang… perghhhhh mereciq”

Ya, memang sedap sangat tu makan ikan pekasam. Itu jika dimasak menggunakan resepi orang kampung yang amat terkenal di seluruh Malaysia. Bagaimana pula dengan ikan yang belum menjadi ikan pekasam lagi? Mudah sahaja caranya.

cara buat ikan pekasam
Imej via [rasa]

Seumur hidup, belum pernah lagi buat sendiri ikan pekasam. Selama ini, asyik beli sahaja di kedai-kedai atau pasar. Apabila jiran sendiri yang menjual pekasam dan mendedahkan cara buat ikan pekasam yang mudah dan sedap, barulah terasa betapa nikmatnya kalau buat sendiri pekasam ini. Memang mudah dan sedap!

Tak perlu lagi anda beli ikan pekasam diluar sana sebab anda sendiri boleh buat ikan pekasam dengan mudah. Jom tengok cara buat ikan pekasam yang dikongsikan oleh jiran saya, arwah Encik Hassan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • Ikan pekasam (beberapa ekor ikan tiada masalah)
  • Beras (secukupnya bergantung kepada bilangan ikan)
  • Garam (secukupnya bergantung kepada bilangan ikan)

1. Basuh Ikan Dan Bersihkan Ikan

cara buat ikan pekasam
Imej via [bali.tribunnews]

Pilih ikan yang anda ingin jadikannya sebagai ikan pekasam. Sama ada ikan puyu, talapia, sepat dan lain-lain ikan pun tiada masalah. Basuh dan bersihkan ikan dengan bersih, cuci dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan.

Pada zaman dahulu, masyarakat membuat ikan pekasam menggunakan apa sahaja jenis ikan kerana pekasam dibuat sekiranya mempunyai lebihan ikan daripada orang memancing.

2. Lumur Garam Kepada Ikan

Toskan ikan daripada air dan biarkan ikan kering sedikit. Kemudian, lumur garam kepada ikan di serata-rata bahagian ikan. Garam haruslah bergantung kepada kuantiti ikan (15% garam dari ikan). Ratakan garam di seluruh bahagian ikan dengan baik. Lagi banyak garam, lagi masin dan ada rasa.

3. Biarkan 2 Atau 3 Hari

cara buat ikan pekasam
Imej via [nenektanjung]

Biarkan ikan yang dilumur garam tadi ke dalam bekas kedap udara dan letak di dalam peti ais (tidak beku) selama 2 hingga 3 hari. Pastikan ia kering dan tidak dimasuki air. Buang semua air yang termasuk (jika ada). Selepas 2 atau 3 hari, ambil ikan dan basuh serta toskan sehingga kering.

4. Sangai Beras Dan Tumbuk Hancur

Sangai sedikit beras bergantung kepada jumlah ikan, lagi banyak pun boleh. Sangai atau goreng tanpa minyak sehingga beras bewarna keperangan. Tumbuk hancur beras tersebut atau kisarkannya dalam keadaan kering sehingga ia berbentuk sedikit serbuk. Jangan sampai nampak pula bentuk berasnya, kisar sehingga bentuk beras tidak kelihatan lagi.

5. Lumurkan Beras Pada Ikan

cara buat ikan pekasam
Imej via [Iluminasi]

Lumurkan beras yang telah ditumbuk halus di bahagian badan ikan. Salutkan beras pada ikan dalam keadaan ikan yang tidak basah. Jangan lupa susun dahulu ikan di dalam bekas sebelum melumurnya. Kemudian, taburkan lagi satu lapisan beras di atas ikan. Lapisan beras akan menjadi rangup apabila digoreng nanti.

6. Simpan Ikan Pekasam

Lagi lama anda simpan ikan pekasam, lagi sedap ikan pekasam dapat anda makan nanti. Simpan secara bertutup dan tidak beku selama 2 atau 3 minggu. Pasti sedap apabila tiba masa untuk di masak nanti.

Imej via [MyAgri]

Apabila sudah pandai buat banyak-banyak ikan pekasam, anda boleh mula menjual ikan pekasam buatan sendiri dengan saudara mara, kawan-kawan pejabat dan lain-lain lagi. Cara buat ikan pekasam yang dikongsikan ikan amat mudah dan cepat dibuat. Apatah lagi jika anda sudah sediakan semua bahan-bahannya dari awal lagi.

Cara Masak Ikan Pekasam Paling Sedap Di Malaysia

cara buat ikan pekasam
Imej via [Keluarga]

Semua negara mempunyai resepi dan cara masak yang berbeza, tapi kalau di Malaysia, ikan pekasam sangat sedap dimasak dengan cara goreng ikan pekasam limau, bawang dan cili api. Jom lihat cara masak ikan pekasam paling sedap di Malaysia.

Bahan yang perlu disediakan:

  • Ikan pekasam (beberapa ekor ikan mengikut kehendak anda)
  • Limau nipis (jus limau nipis yang diperah)
  • Cili api (bergantung kepada jumlah ikan yang dimasak)
  • Bawang merah besar (beberapa biji bawang mengikut kesesuaian, dihiris nipis-nipis)
cara buat ikan pekasam
Imej via [picswe]
  1. Gorengkan Ikan Pekasam dengan suhu api yang sederhana. Goreng sehingga rasanya agak rangup dan masak dalamannya. Jangan kacau dan selalu alihkan ikan supaya ikan tidak rosak dan tidak terhancur.
  2. Setelah ikan pekasam siap dimasak, angkat ikan dan masukkan dalam pinggan.
  3. Goreng bawang dan cili api yang dipotong halus. Tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan berubah warna lebih gelap dan masak.
  4. Pastikan bawang dan cili api yang digoreng tidak hangit. Oleh itu, gunakan api yang sederhana rendah tetapi boleh digoreng dengan tempoh yang lama sedikit.
  5. Angkat bawang dan cili api yang digoreng masukkan di atas ikan pekasam yang telah digoreng tadi.
  6. Potong limau nipis dan perah jus limau nipis ke atas ikan pekasam tadi. Jika terlalu masin, perah limau lebih banyak sedikit untuk memberikan rasa masam-masam manis.
  7. Pastikan tiada biji limau termasuk sekali dalam hidangan. Tergigit biji limau akan menyebabkan lidah anda berasa pahit.
  8. Hidangkan menu makanan ikan pekasam goreng bawang cili dengan tertib. Pasti sedap mata memandang apatah lagi lidah merasa.
cara buat ikan pekasam
Imej via [picswe]

Mudah, senang dan sekejap sahaja cara masak ikan pekasam goreng ini. Paling penting, cara buat ikan pekasam sendiri pun amat mudah boleh anda buat sendiri di rumah.

Dengan hanya berbekalkan beberapa bahan seperti ikan, garam dan beras, maka jadilah ikan pekasam anda yang sedap dan best! Jom cuba buat ikan pekasam sendiri dan masak mengikut resepi yang diberikan.

Jemput baca artikel menarik berkaitan resepi ikan sardin masak lemak cili api, mee rebus utara dan kuih cara berlauk.

Rujukan:

  1. Umpan
  2. Rasa
  3. Wanista

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.