Waktu tengkujuh seperti sekarang pasti membuatkan kita buntu untuk buat apa petang – petang kan? Yelah, kalau biasanya kita akan beriadah, sekarang hujan pula kan? Ada diantara kita yang mesti mencari – cari idea aktiviti yang boleh diluangkan bersama keluarga. Apa kata sekiranya anda meluangka masa bersama keluarga dirumah? Duduk santai dirumah bersama – sama keluarga dan berborak merupakan salah satu aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim. Sambil itu, bolehlah anda hidangkan juadah yang dapat membangkitkan selera ahli keluarga anda.

Disini kami bawakan idea untuk anda iaitu apa kata sekiranya anda menghidangkan Pisang Goreng Rangup Habis ini! Resepi ini menjanjikan kerangupan pisang goreng yang boleh menyebabkan sesiapa yang makan akan teringat – ingat dan nak lagi dan lagi. Pisang goreng juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada semua golongan masyarakat tak kira umur. Jadi, ianya boleh dimakan oleh ibu ayah, dan juga anak anak anda yang masih kecil.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Are Peace dan pastinya mendapat banyak perkongsian dan “like” di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Pisang Goreng Rangup Habis

pisang goreng rangup

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 4 ke 5 ketul ais kiub
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (kunyit pun ok)
  • Air sejuk dalam peti ais
  • Sedikit kapur makan (hujung sudu sahaja dibancuh bersama 1 sudu air)
  • Pisang

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan – bahan ke dalam bekas kecuali ais, air dan pisang.
  2. Gaul sebati kemudian masukkan ais dan masukkan air sedikit demi sedikit. Nota: Jangan cair sangat ye sebab nanti ais akan cair.
  3. Salutkan pisang bersama tepung yang telah disediakan diatas.
  4. Cara nak goreng pula, guna api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul – betul panas.
  5. Masukkan pisang yang telah disaluti tepung.

    pisang goreng rangup

    image via Facebook

  6. Semasa menggoreng, jangan kecilkan api.
  7. Biar sahaja api tu pada tahap yang sama.
  8. Apabila dah nampak kekuningan yang dikehendaki tu angkat dan toskan.
  9. Siap untuk dihidangkan!

Eh, belum habis lagi, ini resepi sambal kicap pula:

Resepi Sambal Kicap:

Bahan – bahan:

  •   12 biji cili padi hijau
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan – bahan dalam blender.
  2. Kisar sampai halus dan masak atas api sampai sedikit pekat.
  3. Siap!

Nota: Resepi kicap ni rasa pedas manis gitu. Sekiranya suka pedas lagi, bolehlah tambah lebih cili padi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa kongsikan ya!

 

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.