Makanan pencuci mulut boleh dikatakan menu kegemaran ramai dan jika ada majlis keraian, pencuci mulut adalah menu yang wajib ada buat hidangan para tetamu. Kebiasaannya, menu pencuci mulut ini terdiri dari kek, puding, kuih-muih ataupun buah-buahan. Tabiat orang kan, apabila dah habis makan, mesti nak ada sesuatu yang manis-manis untuk dikunyah sebagai penutup santapan makan-makan.

Anda suka puding tak? Haa sebenarnya jika puding dihidang, menu inilah yang paling laku sebab puding ini rasanya manis tapi tidak muak. Ambil sepotong, pasti nak lagi. Lagi-lagi jika puding dihidang semasa masih lagi sejuk. Rasa nikmat yang amat sangat! Sekarang, pelbagai versi puding telah dicipta untuk memberi kepuasan rasa kepada si pencinta puding.

Salah satu puding yang famous adalah puding roti. Tahu tak, puding roti sahaja telah dipelbagaikan oleh masyarakat kita dengan beberapa jenis versi. Itu baru puding roti, bukan lagi puding-puding yang lain. Puding roti semestinya lah asas bahannya perlu ada roti. Ada yang jenis kukus, ada juga yang jenis bakar. Jadi terpulang pada jenis puding dan citarasa masing-masing.

Hari ini kami akan kongsikan resepi puding roti berkaramel dari saudari Zura Zul di Facebook. Biasanya, kita selalu makan puding roti atau puding karamel biasa je kan, kali ini jom try gabungan dua puding ini, jadilah ia puding roti berkaramel yang umph! Satu lagi versi ialah puding roti berkaramel coklat yang dikirim oleh saudari Wan Ruzita Wan Deraman di Facebook. Selamat mencuba ya!

(1) Resepi Puding Roti Berkaramel

Puding roti berkaramel

Image via Facebook

Bahan-bahan untuk karamel:

2 sudu besar gula

Cara Penyediaan karamel:

 Masak dlm loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus tapi jangan hangus sgt
 Gula dah cair, ratakan dalam Loyang. Ketepikan

Bahan A:

20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula

Cara Penyediaan bahan A:

 Masak agar2 bersama air hingga larut agar2
 Kemudian, masukkan gula. Kacau2 rata dan perlahankan api

Bahan B:

5 keping roti gardenia.. Carik2kan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan. Resepi ini guna pewarna ungu, pink & kuning

Cara Penyediaan bahan B:

 Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus
 Tuang ke dalam periuk agar2 tadi. Besarkan api semula dan kacau2 rata
 Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih dan tutup api.
 Ambil 2 cawan agar2 tuang ke dalam loyang berkaramel tadi. Biarkan sedikit beku.
 Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink & kuning
 Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning
 Kena buat dgn cepat ye, tapi cermat sebab puding roti ni cepat beku/keras
 Kalau adunan warna yg belum tuang macam nak beku, panaskan sekejap atas api perlahan ye bagi cair semula
 Tunggu beku/sejuk baru simpan dalam peti sejuk
 Selepas 2 jam, bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yg rata. Potong ikut suka dan sedia untuk menikmatinya..

 

(2) Puding Roti Berkaramel Coklat

Puding roti coklat berkaramel

Image via Facebook

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula (utk dibuat gula hangus)
5 keping roti
4 biji telur
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
Esen vanilla
2 sudu serbuk coklat

Cara Penyediaan:

 Buat gula hangus dulu kemudian isi dalam loyang dan ketepikan
 Carikkan roti dalam bekas dan rendam dengan susu cair
 Kemudian blender telur, susu pekat, esen vanilla dan roti yang direndam dengan susu tadi
 Dah siap blend, bahagikan kepada dua bekas
 1 bekas letak serbuk colat
 Kukus yang warna asal dahulu dalam loyang gula hangus tadi selama 20 minit
 Dah masak, tuang dan kukus yang coklat pula selama 30 minit lagi
 Dah masak, sejukkan dan terbalikkan atas pinggan
 Sejukkan dalam peti ais lebih sedap

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik yang patut anda cuba. Sila lihat kesemua resepi kami di blog ini ya dan juga lupa untuk LIKE dan SHARE!

 

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .