Siapa suka maruku? Nak dapat maruku yang sedap memang susah. Membuatnya pun perlu cuba berkali-kali supaya menjadi maruku yang krapp krupp.

Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi maruku lingkar yang sedap. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Azie Mazidah‎. Perkongsian ini asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Namun makin lama makin banyak permintaan untuk maruku ini. Bukti bahawa resepi ini memang sangat sedap.

Resepi maruku berasal dari negara India Selatan. Hingga sekarang maruku telah mengambil tempat dalam hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Maruku adalah ringan, sedap, rangup, senang dibuat dan murah kosnya.

Maruku yang biasa berbentuk bulatan seperti pada resepi ini. Maruku dibuat menggunakan acuan khas. Perasa maruku bergantung kepada selera seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Mari cuba buat maruku hari ini.

Resepi Maruku

maruku

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sebungkus tepung maruku babas,
  • Sebungkus tepung pulut cap 3 kambing (nak dapatkan maruku yang lebih rangup),
    Guna sukatan sudu sup untuk bahan di bawah :
  • 1 sudu serbuk kari daging babas,
  • 1 sudu serbuk cili,
  • 1 sudu jemuju,
  • 2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi,
  • 1 sudu udang kering yang sudah diblend kering hancur. Kalau tidak hancur nanti tersekat dekat acuan.
  • Garam halus,
  • 1 kotak kecil santan (200 ml) dblend dengan 6 ulas bawang putih dan 1 kotak air suam. (Guna sekotak saja, ini dapat untuk 2 adunan),
  • Daun kari secukupnya.

Cara Membuat :

  1. Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, ramas-ramas hingga sebati.
  2. Masukkan 1 kotak santan bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air. (Biasanya saya guna 3 1/3 kotak ai, pada yang tidak pro lagi, masukkan sikit-sikit dulu ya.
  3. Uli sampai tidak melekat di tangan dan mudah dipress pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja.
  4. Press buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak.
  5. Kemudian goreng dengan api sederhana.
  6. Balik-balikkan maruku. Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tidak rangup.
  7. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.
  8. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi maruku, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.