Boleh katakan viral habis boba drink. Kalau teringin beli memang kena beratur panjang dari pagi hingga petang tidak kunjung siap.Eh over pula bunyinya.

Sebenarnya boba atau pearl atau bubble ini sudah lama ada, namun sejak menjak ini minuman boba ini mula menjadi terkenal. Contohnya seeprti beberapa jenama minuman seperti Xing Fu Tang, The Alley, Daboba dan masih banyak lagi.

Boba biasanya dijadikan topping untuk teh, susu, cokelat dan karamel ais. Masa kita sedut minuman, boba akan ikut sekali masuk dalam straw, sedap dapat kunyah boba dalam mulut.

Supaya tidak berkecil hati memanjang kena beratur lama. Jomlah buat boba sendiri di rumah. Buat minuman susu segar berkaramel maka jadilah macam minuman boba viral. Resepi oleh Aida Suhana‎ di laman Facebook. Sukatan campak-campak saja ya.

Resepi Boba Homemade

boba drink

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung ubi kayu,
  • Pewarna hitam (campur warna biru, merah dan hijau),
  • Gula perang sedikit,
  • Garam sedikit,
  • Air.
  • Gula merah/gula Melaka,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Masak air sedikit dengan gula dan garam.
  2. Jika garam dan gula sudah cair, tutup api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli tepung sampai jadi macam doh dalam gambar. Kalau cair tambah tepung sampai agak-agak boleh digentel.

    boba drink

    Imej via Facebook

  4. Masak air dengan gula merah dan daun pandan. Gula merah yang jadikan boba sedap. Wangi macam The Alley punya.
  5. Kemudian campakkan gentelan boba tadi dan rebus.
  6. Rebus lebih kurang 30-45 minit sampai air jadi pekat ala-ala caramel.

    boba drink

    Imej via Facebook

  7. Untuk menyediakan, ceduk boba dalam bekas. Jangan lupa bagi leleh-leleh di tepi cawan/gelas.
  8. Letak ais.
  9. Letak fresh milk dan whipped cream sedkit.
  10. Shake atau blend pun boleh. Kasih buih-buih.
  11. Kemudian tuang dalam cawan.
  12. Siap. Menggoda bukan?

Resepi Menarik Lain

Selain resepi boba drink, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.