Adakah anda penggemar cheese? Jika ya, semestinya kalau boleh setiap hidangan yang dihidangkan, anda mahu bersertakan cheese. Cheese ni boleh dikatakan sebagai penyedap dan penambah selera bagi sesuatu menu. Contohnya, pisang goreng cheese, aiskrim cheese, burger cheese, cheesecake dan pelbagai macam lagi.

Rasa cheese yang berlemak sangat membangkitkan selera. Tapi harus juga beringat tentang kandungan kalori dan kolestrol jika diambil secara berlebihan. Maka, berpada dan bersederhana sahajalah apabila menjamu selera. Apa yang penting, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ya! Ahha

Hari ini kami bawakan satu resepi berasaskan cheese yang sangat simple dan sedap iaitu resepi cheesekut nestum. Nak buat cheesekut ni memang mudah yang amat sebab tak perlukan oven pun Cuma kena lah pastikan yang peti sejuk kat rumah anda tu berfungsi dengan baik untuk menghasilkan cheesekut yang terbaik!

Resepi cheesekut nestum ni telah dikongsikan oleh saudari Ismazura Ismail di Facebook.  Versi cheesekut yang dikongsi oleh beliau adalah tambahan nestum sebagai toppingnya. Jadi, boleh lah anda bayangkan betapa NYUM NYUM sangat cheesekut ni apabila di ngap! Apa lagi, cuba sekarang tau!

RESEPI CHEESEKUT NESTUM

Cheesekut nestum
Image via Facebook

Bahan A:


1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG
1 paket Nestum Original NESTLE (topping pilihan)
1 kotak susu segar DUTCH LADY

Bahan B:


250 gm Cream Cheese TATURA
1/2 tin susu pekat MARIGOLD
2 sb susu segar DUTCH LADY

Cara-cara:


1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu sampai kembang pula ye. Kalau tak ada mixer nak adun sendiri pun boleh
2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat (senang nak susun biskut nanti)
3. Seterusnya celup biskut dalam susu segar selama seminit, takperlu sampai lembut sangat (kalau suka crunhcy takperlu celupkan pun tak apa)
4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang dicelup lembut + adunan mixer (tuang adunan lebih sikit sbb nanti biskut serap) + topping pilihan (saya guna nestum)
5. Ulang langkah 3 dan 4
6. Lapisan terakhir tu boleh lah taburkan serpihan lebihan biskut tadi
7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam

Haaa siappp. Senang je kan, boleh cuba ye semua!

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang special untuk anda try. Pastinya kami memilih yang terbaik buat anda, pembaca setia blog kami. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.