Resepi Kek Coklat Moist (Sangat Gebu dan Enak!)

Siapa pernah makan kek coklat moist yang sangat enak, sangat gebu dan paling penting, melt dalam mulut? Mesti jarang jarang dapat rasa bukan.

Hari ini kami akan berkongsikan kepada anda resepi kek coklat moist yang sangat enak dan mendapat sambutan hangat dari kalangan netizen! Rata rata yang telah mencuba resepi ini memberi feedback yang sangat positif!

Tak rugi kalau anda cuba resepi kek coklat moist ini.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Resepi Kek Coklat Moist

Imej via Facebook

Akak nak bagitau ni. Akak kalau buat kek choc moist kukus memang suka sangat sangat resepi ni. Sangat moist, lembut dan gebusss. Dah lama akak guna resepi ni masa zaman zaman kek choc ni tengah popular. Tapi sayang akak dah tak ingat siapa punya resepi. Amik dari pakcik google. Dah berpuluh resepi akak cuba tapi yang ni yang paling terbaikkk! Siapa nak try, akak share resepinya kat sini. Semoga yang memberi resepi di berikan pahala yang melimpah ruah.

Bahan bahan

Kek

  • 11/4 cawan susu segar*
  • 1/2 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan minyak*
  • 1/2 cawan gula*
  • 1/2 cawan koko*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 1 camt baking soda
  • 2 camca mkn butter
  • 3 biji telur

Nota : Ayak tepung, baking soda dan baking powder

Sos Coklat

  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan koko
  • 1 camb butter
  • 1/2 cup susu segar(tak nak pun tak pe)

Cara Cara Memasak

Kek

  1. Masak semua bahan bertanda (*) atas api kecil sampai sebati dan sejukkan
  2. Pukul telur dan butter
  3. Masukkan bahan koko yang di masak tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Kukus dalam api sederhana 20 minit (untuk bekas kecil). Lebihkan masa kukus untuk saiz sebiji kek

Sos Coklat

  1. Masak atas api kecil hingga sebati.
  2. Setelah kek yang di kukus masak, curahkan sos coklat di atas nya dan simpan di dalam peti. Makan  sejuk sejuk. Terangkat!!!

Selamat Mencuba.

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi kek coklat moist, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Mazliza Ahmad

Rajin berkongsi tentang resepi masakan yang menarik. Banyak resepi yang dikongsikan beliau viral di internet. Boleh dihubungi di Facebook

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!