Masakan tomyam merupakan hidangan yang sangat digemari masyarakat kita. Masakannya yang pedas dan sedikit masam membuatkan selera kita bertambah dan tidak muak untuk menghabiskan kuahnya. Tidak kurang juga yang sanggup menghirup kuahnya sahaja sampai habis tanpa nasi.

Selain nasi, tomyam juga boleh dimakan dengan mee, bihun dan kuey teow. Ada juga yang mempelbagaikan resepi tomyam seperti nasi goreng tomyam dan lauk pauk bergoreng yang berasaskan tomyam. Memang cukup sedap dan menyelerakan jika anda buntu untuk memikirkan menu apa untuk hidangan anda.

Bagi yang tidak sukakan pedas dan tidak sukakan aroma yang terlalu menyengat, anda boleh cuba menggantikan tomyam biasa dengan tomyam putih. Tomyam putih rasanya lebih ‘soft’ dan kurang pedas berbanding dengan tomyam biasa. Kuahnya yang berwarna putih seakan sup biasa sangat sesuai jika dihidang untuk kanak-kanak.

Tak tahu cara nak buat tomyam putih? Jangan risau kami akan kongsikan satu resepi tomyam putih yang sedap dari saudari Shima Laili Mansor di Facebook. Resepi ini sangat mudah dibuat walaupun agak banyak bahan-bahan yang digunakan. Rupa-rupanya main campak je you all!

Resepi Tomyam Putih

tomyam putih

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Ayam (potong ikut suke)
Kobis bnga
Carrot
Cendawan
Bwg holand dipotong2
Bwg putih diketuk2
Serai diketuk2
Lengkuas diketuk2
Lada kecil diketuk2
Daun limau purut
Daun tomyam
Bwg besar merah sebelah ditumbuk dengan lada kecil sedikit agak2 nk pedas
Air limau nipis
Sos sotong/ikan/nampla
Susu
Air
Garam, ajinomoto dan gula

Cara Penyediaan:

1) Rebus ayam bersama bahan2 diketuk2 tadi.
2) Bubuh daun limau purut
3) Kemudian masukkan air limau sos sotong/ikan/nampla
4) Masukkan sayur2 dan masak sampai lembut
5) Letak perasa last sekali baru letak susu n daun tomyam. Siap.

Mudah bukan cara membuatnya. Haa kalau nak lagi banyak resepi, boleh lah anda jenguk setiap hari ke blog kami ini kerana terdapat banyak resepi yang menarik yang kami kongsikan buat anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .