wahh sedapnya belangkas, tak sabar nak makan!”

Aduhhh, gelinya makan belangkas.. tak lalunya.. takut”

Dikatakan haiwan eksotik dan dua alam, belangkas mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ramai tak tahu bahawa haiwan yang umumnya mempunyai racun ini amat sedap dan boleh dimakan. Betul ke sedap?

belangkas
Imej via [facebook]

Ada yang mengatakan ia kena dengan selera mereka, ada juga yang tidak lalu langsung makan belangkas. Lazimnya, rasa isi belangkas lebih kurang seperti ketam tetapi ia tidak terlalu manis dan berlemak, telurnya pula agak sedap bagi penggemar belangkas.

Belangkas dimakan pada telurnya, bukanlah pada isinya. Anda tak perlu risau kerana banyak resepi dan menu makanan belangkas yang boleh anda cuba. Pasti ia membantu meningkatkan selera anda terhadap belangkas. Sebelum itu, mari lihat khasiat belangkas yang ramai tak tahu!

Manfaat Dan Khasiat Belangkas

belangkas
Imej via [facebook]
  • Menghilangkan Virus Dan Bakteria Dalam Tubuh

Tahukah anda, belangkas bersifat sebagai antivirus dan antibakteria menjadikan belangkas sebagai satu alternatif untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalam tubuh badan. Sehingga di barat juga telah menggunakan belangkas untuk hindari penyakit dengan ciptaan Kit anti-toksin sejak tahun 1988.

belangkas
Imej via [facebook]
  • Mengurangkan Berat Badan Dan Menghapuskan Lemak

Khasiat belangkas juga adalah dapat mengurangkan berat badan dan menghapuskan lemak. Siapa sangka kulit belangkas sangat bernilai? Ia mengandungi kitin dimana dapat menghasilkan kitosan yang berfungsi menguruskan badan.

Tak sangka ia amat berguna sekali untuk mereka yang ingin berdiet dengan lebih sihat. Apa kata anda cuba diet dengan memakan belangkas, 2 minggu sekali pula.

belangkas
Imej via [facebook]
  • Mengelakkan Gatal-Gatal Badan

Untuk pengetahuan anda, belangkas juga bersifat anti-radang. Ia mencegah dan menghalang tubuh anda daripada gatal-gatal dan mengalami masalah kulit gatal.

Makanlah sedikit belangkas kerana ia tidak sama seperti makanan laut yang lain, malah dalam Islam, ia juga diperbolehkan makan. Sekiranya tidak memudaratkan dan halal, makanlah untuk kebaikan anda.

Cara Makan Belangkas Yang Betul

belangkas
Imej via [wanista]

Bermula dari siang belangkas sehinggalah makan belangkas, anda harus tahu satu persatu caranya. Siang belangkas sudah pastilah mempunyai caranya yang tersendiri dan tidak sama dengan cara-cara yang lain memandangkan kulit belakang juga tak begitu lembut dan tak terlalu keras.

1. Rendam Belangkas Dan Basuh

Belangkas bukan perlu direndam begitu sahaja, tetapi anda harus rendam belangkas ke dalam air beras untuk menghilangkan baunya. Basuh belangkas bersih-bersih. Di setiap lubang atau sudut belangkas, pastikan ia benar-benar bersih.

Apabila belangkas tidak berbau hanyir, maka berjayalah anda membasuh belangkas! teruskan langkah seterusnya dengan memoton belangkas pula.

2. Potong Belangkas Dengan Cara Yang Betul

belangkas
Imej via [youtube]

Untuk makan, gunakan belangkas betina kerana ia mempunyai telur dan ramai mengatakan bahawa rasanya sedap. Bermula dari memotong belangkas, belangkas boleh dipotong tengah dan tarik kakinya keluar. Potongan ini bertujuan untuk mencuci belangkas secara dalaman dari perutnya sebelum dipotong untuk dimasak.

3. Buang Najis Dan Racun Belangkas

Anda akan melihat najis dan racun belangkas di bahagian tengah perutnya. Buangkan racun dan najis belangkas dengan berhati-hati. Bahagian itu penting dibersihkan dan dibuangkan kesannya. Jika tersilap sediakan, takut-takut termakan racun belangkas nanti. Pastikan anda bertanya kepada mereka yang mahir potong belangkas atau kedai makan.

4. Potong Kecil Untuk Dimasak

belangkas
Imej via [facebook]

Jangan potong terlalu besar dan jangan potong terlalu kecil juga. Cukuplah ia bersaiz sederhana untuk memudahkan anda makan. Selepas siap menyediakan belangkas, anda boleh sediakannya untuk memasak menu hidangan hari ini.

Cara Potong Belangkas Yang Betul

  • Potong bahagian sisi tepi kiri dan kanan dahulu
  • Potong tengah belangkas bahagian usus dan perut
  • Buang segala racun dan najis
  • Potong bahagian lain bersaiz sederhana untuk dimasak

5. Rebus Belangkas

belangkas
Imej via [instagram]

Rebuskan dahulu belangkas sebelum masak menu yang sesuai. Jika ingin terus masak belangkas bersama resepi anda, pastikan isi dan telur belangkas benar-benar masak.

6. Masak Belangkas

Sekiranya sudah tahu menu yang ingin anda masak, sediakan bahan-bahan dahulu. Pastikan bahan-bahan cukup dan lengkap. Mulakan operasi masak memasak anda pada hari ini.

“Tak sabar nak makan belangkas yang anda masak tu! Bolehlah bagi rasa sikit, pasti sedap lagi menyelerakannnn! “

Menu Makanan Yang Boleh Dimasak Dengan Belangkas

belangkas
Imej via [pinterest]

Menu makanan yang menggunakan belangkas sebagai lauk atau sayur pasti ada. Itulah yang menjadi dambaan peminat-peminat belangkas selalunya. Apa kata anda cuba hidangan belangkas yang sangat istimewa ini pula.

Imej via [wanista]
  • Kerabu belangkas
  • Belangkas rebus halia serai
  • Sayur campur telur belangkas
  • Sayur goreng terung telur belangkas
  • Belangkas tumis sambal
  • Singgang belangkas
  • Belangkas steam
  • Asam pedas belangkas
  • Kari belangkas
  • Telur belangkas telur dadar
  • Belangkas bakar
  • Belangkas masak lemak

Banyak lagi menu belangkas yang boleh anda minta di mana-mana restoran yang menyediakan menu belangkas yang sangat istimewa. Budaya makan belangkas tidak lapuk ditelan zaman dan masih diamalkan sehingga kini.

Usai makan belangkas, jangan lupa minum air kopi atau air kelapa untuk mengelakkan pening kepala selepas makan nanti. Ia memang menjadikan anda sedikit pening apatah lagi anda suka makan dan lama tinggalkan makan belangkas. Sekali makan, pasti pening semula.

belangkas
Imej via [umpan]

Itulah dia manfaat dan cara makan belangkas yang sebenar untuk tatapan anda. Selepas ini, jangan was-was lagi ya untuk makan belangkas. Rugi jika anda masih tidak mencubanya. Ikuti panduan makan belangkas yang telah kami sediakan di blog ini.

Jemput baca juga Makanan untuk darah rendah, Makanan bervitamin tinggi dan Makanan Diproses perlu elakkan.

Rujukan:

  1. hmetro
  2. wanista
  3. facebook

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.