Amat teruja dan seronok sangat setiap kali makan puding buih tembikai ini. Bentuknya comel, rasanya sedap makan sejuk-sejuk dengan sos kastard. Makan tidak perlu kunyah, terus telan saja.

Lagi seronok bila membuatnya, anak-anak dan semua ahli keluarga suka. Hidangkan satu bekas terus habis. Sangat sedap dihidangkan siang-siang makan sejuk-sejuk hilangkan dahaga.

Kelazatan puding buih semakin kick bila dimakan bersama sos kastard. Seperti resepi puding buih sos kastard yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah‎ di laman Facebook.

Sos kastard dibuat dengan  susu dan tepung kastard. Tanpa tunggu lama, mari cuba resepi perkongsian ramai yang telah kami kemaskan di bawah ini. Selamat mencuba.

Puding Buih Tembikai Sos Kastard

puding buih

Imej via Facebook

Bahan-bahan Puding Buih :

  • 20 gm agar-agar strip,
  • 4 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 sudu teh esen vanila,
  • 5 biji putih telur gred A,
  • 1 biji kuning telur gred A (optional),
  • Coklat chips/kismis/bijan hitam (biji tembikai),
  • Pewarna merah, kuning dan hijau.

Cara Membuat :

  1. Mula-mula didihkan air.
  2. Setelah air mendidih, masukkan agar-agar dan kacau hingga agar-agar hancur.
  3. Kemudian masukkan gula dan esen vanila. Kacau lagi hingga gula larut.
  4. Jika gula sudah larut, angkat dan tapiskan agar-agar.
  5. Ketepikan dan biar agar-agar suam-suam kuku dalam 15 minit.
  6. Untuk meringue, pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur dan air.
  7. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan kental (jika dibalikkan bekas adunan tidak jatuh).
  8. Kemudian masukkan kuning telur. Kalau tidak mahu letak kuning telur pun tidak apa. Tapi kalau campur kuning telur, puding akan terasa lemak sedikit dan lebih sedap. Pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
  9. Kemudian tuang agar-agar yang sudah suam-suam kuku sedikit demi sedikit sambil pukul hingga ke dasar mangkuk. Jangan masukkan agar-agar sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan putih telur terpisah dan terapung dari agar-agar.
  10. Pukul selama 5-10 menit hingga adunan menjadi sejuk dan gebu.
  11. Kemudian tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibasahkan supaya senang untuk dikeluarkan dari bekas nanti.
  12. Titikkan 2 sudu teh pewarna merah dan kuning dibahagian tengah adunan untuk jadikan isi tembikai. Kacau dengan sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dengan berhati-hati supaya warna tdak terkena pada dasar mangkuk. (Masa ini diperlukan ketelitian sedikit, kena pandai agak ya).

    puding buih

    Imej via Facebook

  13. Sejukkan dalam peti ais sehingga beku dalam 1/2 jam.
    Sisipkan puding dengan pisau supaya senang diterbalikkan.
  14. Terbalikkan mangkuk perlahan2 ke atas bekas lain.
  15. Celup berus dengan pewarna hijau sapu keseluruhan luar puding sebagai kulit tembikai. Buat corak tembikai sekali. Biarkan pewarna kering baru simpan dalam peti ais.

    puding buih

    Imej via Facebook

  16. Keluarkan puding dan terbalikkan semula. Permukaan isi tembikai dibahagian atas, bahagian kulit dibawah. Potong perlahan-perlahan, kemudian letak coklat chips sebagai biji tembikai. Curah sos kastad masa dihidangkan.

    puding buih

    Imej via Facebook

Bahan Sos Kastad :

  • 1 tin susu cair,
  • 1 1/2 cawan air,
  • 1/2 cawan gula,
  • 3 sudu besar tepung kastard,
  • 1 sudu teh esen vanila,
  • Sedikit pewarna kuning,
  • 2 helai daun pandan disimpul.

Cara Membuat Sos Kastard :

  1. Satukan semua bahan-bahan sos dalam periuk.
  2. Kacau rata dulu baru buka api.
  3. Kacau sentiasa sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Kemudian tapiskan dan simpan dalam peti ais.

Nota :

  • Puding buih harus dibuat dengan cepat kerana ia mengandungi putih telur cepat membeku.
  • Sangat penting untuk membiarkan agar-agar suam-suam kuku dulu sebab agar-agar yang panas akan memasakkan adunan putih telur membuat ia terapung dan terpisah dari agar-agar.
  • Kalau sudah malas sangat buat bentuk tembikai, boleh terus bubuh kaler terus tuang dalam loyang @ acuan yang comel. Kalau tidak mahu makan dengan sos pun boeh makan macam itu sahaja.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding buih, kami juga telah menulis resepi lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.