Banyak jenis kek yang menarik dan sedap yang membuatkan segelintir mereka ingin mencuba menyiapkan kek tersebut, namun tidak semua resepi itu menjadi dan tidak semua orang mempunyai masa dan kesempatan mencubanya. 

Dengan adanya media sosial pada masa kini, terdapat banyak resepi yang telah dikongsikan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Amat beruntung lagi, anda boleh mencuba resepi 18 jenis kek yang paling sedap dan mudah dibuat ini.

1.  Kek Butter

jenis kek

Imej via [phoenixhillna]

Kek butter adalah jenis kek yang paling mudah dibuat dan sedap. Rasanya amat enak membuatkan ramai orang yang menyukainya. Bahan untuk membuat kek ini sangat mudah didapati di kedai kek kerana ia menggunakan bahan asas sahaja.

Bahannya adalah mentega, tepung naik sendiri, gula kaster, telur dan susu segar. Jom kita cuba membuatnya di rumah. Pasti anda akan berpuas hati!

2.  Kek Brownies

jenis kek

Imej via [resepisenang]

Jenis kek brownies mempunyai rasa yang sangat enak dengan asas coklat yang sangat sedap. Pelbagai bahan perlu ada bagi membuat kek ini. Bahan tersebut tersangatlah senang untuk didapati dan tidak mahal harganya. 

Antara bahan yang perlu ada untuk membuat kek brownies ini adalah seperti coklat masakan, mentega tanpa garam, gula perang, gula kastor, telur, esen vanilla, tepung naik sendiri dan serbuk koko. Jika tiada coklat masakan, guna milo pun boleh tau!

3.  Kek Oreo

jenis kek

Imej via [daridapur]

Siapa tak kenal dengan jenis kek yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat ini? Bahan yang diperlukan dalam menyiapkan kek ini adalah oreo dan susu coklat. Cara penyediaannya ialah blender oreo dan susu coklat. Isi adunan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama semalaman. Mudah dan sedap kan!

4.  Kek Epal

jenis kek

Imej via [wikipedia]

Kek epal biasanya diperbuat daripada epal yang segar untuk menaikkan rasa epal yang manis. Bahan yang perlukan untuk membuat jenis kek ini adalah epal, mentega, gula, telur, krim segar, tepung gandum dan serbuk penaik. Waktu yang diperlukan untuk membakar kek hanyalah dalam 35 minit sahaja.

5.  Kek Bakar Laici

jenis kek

Imej via [listikel]

Bahan yang perlu disediakan untuk membuat jenis kek ini adalah mentega, kuning telur, putih telur, buah laici, tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat.  Cara penyediaannya adalah sangat ringkas seperti pukul mentega bersama kuning telur, tepung gandum dan buah laici yang telah dikisar.

Seterusnya, kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam oven. Apabila sudah siap, ianya perlu dibiarkan selama 15 minit sebelum dimakan bersama keluarga tersayang. Kek bakar laici ini sangat sedap dan membuka selera makan anda.

6.  Kek Coklat Moist

jenis kek

Imej via [pamapedia]

Sebut sahaja jenis kek ini pasti semua orang mengenalinya. Bahan bagi kek moist coklat ini juga tidaklah terlalu sukar untuk didapati, antaranya adalah susu segar, susu pekat, minyak, gula, serbuk koko, tepung gandum, mentega dan telur. Masa yang diperlukan juga tidaklah lama untuk membuatnya, hanya sekitar 45 minit sahaja.

7.  Kek Pisang Kismis

jenis kek

Imej via [picuki]

Kek ini adalah kek yang pasti menyediakan tenaga tambahan kerana resepinya terdapat pisang dan juga kismis. Bahan untuk membuat kek ini adalah mentega, putih telur, kuning telur, susu tepung, kismis dan tepung gandum. Biasanya jenis kek ini dibakar selama 45 minit untuk masak dengan sempurna. 

8.  Kek Mocha Kurma

jenis kek

Imej via [facebook]

Kek Mocha Kurma adalah antara kek yang mudah dibuat juga sebenarnya. Waktu yang diperlukan adalah sekitar 45 minit. Bahan utama untuk membuat kek ini adalah kurma. Jenis kek ini bukan sahaja memberi rasa yang sedap, tetapi turut mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

9.  Kek Buah

jenis kek

Imej via [resepisenang]

Kek buah merupakan jenis kek yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya kaum wanita. Bahan untuk membuatnya ialah buah-buahan, jus oren dan tepung naik sendiri. Namun masa yang diperlukan adalah selama 2 jam untuk dibakar sehingga masak.

10.  Kek Pandan

jenis kek

Imej via [majalahpama]

Bahan untuk membuat kek ini ialah gula, telur, tepung gandum, air daun pandan dan serbuk penaik. Rasanya amat sedap dan menyelerakan yang pasti menjadi menu hidangan di waktu petang bersama keluarga. Pasti menyelerakan! Nak lebih best, anda boleh letakkan cheese yang telah dimasak di atas jenis kek ini, sedap sangat!

11.  Kek Carrot

jenis kek

Imej via [resepibonda]

Sangat sedap rasa kek carrot ini kerana ia menepati citarasa mereka yang sukakan rasa karot. Bahan yang perlu ada untuk membuat kek jenis ini ialah telur, minyak sayur, tepung naik sendiri, serbuk penaik, carrot dan serbuk kayu manis.

Resepi untuk membuat kek carrot ini sangat mudah dan senang. Paling penting, ia perlu dibakar selama 1 jam untuk pastikan benar-benar masak. 

12.  Kek Lemon

jenis kek

Imej via [atomiyme]

Ramai tak tahu bahawa kek lemon adalah jenis kek yang paling mudah juga disiapkan.  Sangat cepat dan senang pula caranya. Jenis kek ini memerlukan bahan seperti mentega, gula halus, telur, esen vanilla, gandum dan jus lemon sahaja.  Sebaik kek ini dibakar selama 45 minit, aroma lemon pasti akan muncul dan anda pasti tak sabar untuk memakannya.

13.  Kek Lumut

jenis kek

Imej via [phoenixhillna]

Kek lumut yang bewarna hijau lumut ini berasal daripada Sarawak. Kek ini dipanggil lumut kerana warna hijaunya seakan lumut. Rasanya amat sedap dan menyelerakan. Untuk rujukan anda, bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini adalah telur, mentega, gula halus, tepung gandum, susu pekat, horlicks, kaya pandan, pes pandan dan pewarna hijau.

14.  Kek Blueberry Yogurt

jenis kek

Imej via [facebook]

Kek ini juga disukai ramai orang kerana rasa kelazatannya yang bercampur dengan yogurt. Bahannya juga sangat senang untuk didapati di kedai yang berhampiran.

Antara bahan yang digunakan untuk membuat jenis kek blueberry yogurt ialah kuning telur, yogurt, tepung kek, minyak masak, putih telur, gula kastor dan buah blueberry.

15.  Kek Milo

jenis kek

Imej via [yoy]

Kek milo ini merupakan kek yang paling mudah dibuat oleh sesiapa sahaja. Kek ini sangat sedap kerana rasa milo tersebut agak pekat. Bahan untuk membuat kek milo ialah telur, milo dan susu pekat. 

Cara untuk membuat kek milo adalah dengan memukul telur, milo dan susu pekat sehingga sebati. Kemudian, masukkan kedalam loyang. Seterusnya, bakar selama 45 minit. Mudah bukan?

16.  Kek Pisang

jenis kek

Imej via [septemberox]

Kek pisang sangat terkenal kerana kosnya sangat rendah dan sangat mudah disediakan. Untuk membuat jenis kek ini, anda hanya perlukan bahan asas seperti gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, telur, pisang, minyak masak, esen pisang dan gula sahaja.

Kek ini perlu dikukus selama 40 minit untuk masak. Apabila siap, rasanya pasti membuatkan anda terpukau dengan kesedapannya.

17.  Kek Labu Ceri Manis

jenis kek

Imej via [cookpad]

Kek ini merupakan kek yang sedap dengan kombinasi rasa campuran labu dan ceri yang manis. Jangan terkejut kerana cara menghasilkannya juga amat mudah dan tidak melibatkan banyak bahan.

Bahan yang digunakan adalah mentega, esen vanilla, telur, labu kuning, buah ceri, kismis, tepung gandum, serbuk penaik dan walnat. 

Nak cantik, taburkan hirisan walnat ke atas permukaan adunan kek tersebut. Selepas itu, bakar selama 35 minit. Apabila sudah masak, biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan.

18.  Kek Apam

jenis kek

Imej via [shopee]

Kek apam adalah sejenis kek yang mempunyai 3 bahan sahaja. Kek ini sangat mudah untuk dibuat memandangkan bahan- bahan untuk membuat kek ini ialah tepung gandum, gula dan telur.

Rasanya amat sedap dan rugi jika anda tak cuba. Nak lagi sedap, hidangkan bersama dengen teh panas. Pasti puas hati!

Itulah dia 18 jenis kek paling sedap dan mudah disediakan. Jom baca juga resepi kek sedap dan viral, resepi kek durian dan makanan untuk kekal langsing.

Rujukan

  1. Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan.  https://cikmatahariku.blogspot.com/2014/07/tips-mudah-buat-kek-coklat-kukus-dengan.html
  2. Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama untuk tetamu yang datang beraya.  https://www.rasa.my/koleksi-resipi-kek-mudah-sedap-tahan-lama-untuk-tetamu-yang-datang-beraya/
  3. Resipi kek yang sedap dan lazat.  https://listikel.com/resipi-kek-yang-sedap-dan-lazat/#tab-con-1

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.