Mesti anda pernah makan daging paprik bukan? Selalunya ia dimakan bersama sama dengan nasi goreng atau pun nasi putih. Wah. Pasti enak dimakan panas panas bukan. Ayuh cuba resepi daging paprik ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Resepi Daging Masak Kicap dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Paprik

Resepi Daging Paprik

Imej via Facebook

Bahan bahan

(2 orang makan)

  • Daging/Ayam/Udang/Sotong (ikut pilihan hati)
  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar lada kisar
  • 1/2 lobak merah
  • 1 bungkus jagung (dipotong ikut suka)
  • 1/2 lada benggala (dihiris atau dipotong ikut suka)
  • Bunga kobis (agak2 dengan sayuran di atas)
  • Sedikit daun limau purut
  • Garam
  • 21/2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak (untuk menumis)

Cara cara memasak

  1. Pastikan daging direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis mengikut kehendak memasing. Saya biasa akan guna daging batang pinang bagi memudahkan masakan.
  2. Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama lada kering yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan lada nampak matang dan masukkan daging masukkan daging/ayam/udang/sotong dan digaul dengan sebati supaya rasa akan meresap dalam bahan utama tersebut. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram mengikut bahan yg sedia ada dalam kuali (agak-agaklaa berapa banyak tu).
  3. Tuangkan sedikit air dan disusuli dengan karot, bunga kubis bagi memastikan bahan ini lembut terlebih dahulu. Masukkan juga daun limau purut bagi menambah aroma masakan tersebut.
  4. Apabila masakan kelihatan mengelegak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar. Letakkan sedikit garam. Jika mahu letak perasa dipersilakan tetapi saya masak tak guna serbuk perasa. Hanya garam sahaja. Seterusnya boleh dihidang apabila masakan siap dimasak.

Kita ada lada besar je
Lobak takde

*guna brang yang ada dalam peti je

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging paprik, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.