Membuat donut bukanlah hal yang sukar. Bahkan donut mahal, gebu dan sedap sejenis donut big apple dapat anda buat jika anda mengikuti resepi yang kami kongsikan kali ini.

Resepi kali ini iaitu tentang donut big apple yang menjadi kesukaan ramai. Walaupun telah banyak jenis donut yang dikomersilkan, namun donut big apple memiliki citarasa khas sendiri yang memikat lidah dan ramai penggemarnya. Walaupun dengan harga yang boleh tahan cukup mahal.

Resepi donut big apple yang lembut, gebu, rangup, lazat sekarang bukanlah rahsia lagi. Dengan perkongsian yang diberikan oleh  di laman Facebook. Anda boleh mencipta donut rasa restaurant yang lebih berbaloi tentunya.

Resepi dengan perkongsian ramai ini patut anda cuba, lagi jika anda teringin buat donut untuk menjamu selera keluarga mahupun untuk berjualan juga boleh. Sila tengok dan cuba resepi di bawah ini.

Resepi Donut Big Apple

donut big apple

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 paket mauripan,
  • Secubit garam,
  • 1/2 kg tepung gandum/high protein/superfine,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu besar ovallate,
  • 2 sudu besar susu tepung,
  • 1/2 sudu kecil baking powder,

Cara-cara :

  1. Untuk membuat doh, mula-mula campurkan air suam, gula, susu pekat, mauripan dan secubit garam.
  2. Doh dikacau sebati dan diperap selama 10 minit sehingga berbuih.
  3. Dalam bekas lain, sebatikan tepung gandum dengan butter, ovallate, susu tepung dan baking powder.
  4. Kemudian campurkan bahan air tadi ke dalam tepung dan uli sehingga jadi doh. Uli sekejap saja yang penting bahan sebati.
  5. Lalu tutup dengan kain basah hingga 30 minit. Tutup sehingga doh naik.
  6. Jika doh sudah naik, boleh dibentuk.
  7. Tunggu naik dulu baru goreng dengan api sederhana. Yang penting minyak kena panas betul. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi donut big apple, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.