Mahu resepi donut gebu? Apakah anda antara penggemar makanan manis seperti donat? Anda selalu teringin membeli dan memakan donat favorit anda? Mulai sekarang anda tidak perlu penat pergi ke gerai donat untuk menikmati makanan favourite anda tersebut.

Mulai hari ini selepas anda membaca artikel ini anda patut untuk mencuba sendiri resepi donat gebu yang kami kongsikan dan boleh membuat donat kesukaan anda bila-bila masa sahaja.

Donat ialah makanan khas barat yang sudah lama popular di seluruh negara. Ianya dibentuk dengan menyatukan kedua sisi adunan doh berbentuk persegi panjang hingga membentuk cincin atau menggunakan pemotong automatik yang sekaligus membuat lubang di tengah adunan doh donat.

Resepi donat gebu ini hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit bagi menghasilkan 130 biji donat gebu. Tutorial dan resepi ini menjanjikan 2 kebaikan yg nyata iaitu penggunaan masa yang minimum dan penghasilan donat yang sedap dan gebu.

Tekstur dalaman donat gebu ini lembut dan spongy namun garing di luar, kekal lembut walaupun sudah sejuk.

Resepi ini tidak perlu menggunakan acuan, tidak perlu bancuh yis guna air suam, tidak perlu perap adunan doh, tidak perlu teknik tumbuk2 adunan doh utk keluarkan angin, tidak perlu masa yg lama utk tunggu adunan doh kembang. Semoga perkongsian yang didapat daripada Noorastella Muhamma di Facebook ini bermanfaat untuk pembaca semua. Sila dipraktikkan.

Resepi Donat Gebu 3S ( Sedap, Senang, Simple)

Resepi Donat Gebu

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 2kg tepung gandum.
  • Air 1 1/4 mangkuk
  • 1 sudu garam (ratakan)
  • 2 sudu gula (ratakan)
  • 3 sudu yis (ratakan)
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 senduk nasi margerin (penuhkan)

Cara Membuat Donat Gebu

  • Masukkan semua bahan-bahan dan tepung gandum dalam besen besar.
  • Gaul rata semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi doh yg sekata. (Doh yg baik memang terlalu lembik dan masih melekat pada tangan dan sekeliling besen. Pastikan oles tapak tangan dgn minyak masak sebelum bahagikan adunan donat. Ini bagi mengelakkan adunan doh yg sangat lembik tadi dari melekat pada tangan).
  • Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. (Jika anda baru melakukan proses ini, size doh mungkin tidak sekata. Bila sudah berulang kali melakukannya, InsyAllah anda akan rasa senang melakukannya dan size doh akan sekata). Ulangi sampai habis.
Resepi Donat Gebu

Imej via facebook

  • Susun secara bejarak dalam loyang besar. Ini kerana adunan akan kembang 3 x ganda dengan sekejapnya.
  • Mula panaskan minyak untuk mulai menggoreng.
  • Ketika minyak sudah panas (guna api perlahan), gunakan hujung jari dan cucuk tengah2 doh kemudian tarik perlahan angkat dari loyang.
  • Kemudian tarik menggunakan 2 jari untuk renggangkan sedikit lubang di tengah donat.
  • Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masukkan dalam minyak panas dengan cara gelongsorkan doh dari tepi kuali (ini bg mengelakkan minyak dari terpercik. Utamakan keselamatan).
  • Masukkan cukup-cukup penuh permukaan minyak sahaja. Ini bagi memastikan donat masak dengan sekata.
Resepi Donat Gebu

Imej via facebook

  • Bila habis sahaja proses memasukkan donat, cepat2 ambil sudip goreng dan terbalikkan donat (ini bertujuan bagi memastikan permukaan donat yg tidak rata pada bahagian bawah sempat untuk halus).
  • Goreng sampai warna donat bertukar keemasan dengan api perlahan selama 2-3 minit (bagi mengelakkan donat keras kerana lama di goreng).
Resepi Donat Gebu

Imej via Facebook

  • Sambil2 menggoreng, blend gula pasir utk di jadikan salutan donut atau boleh juga menggunakan gula aising untuk lebih memudahkan anda.
  • Tuang gula pada donat yang siap digoreng dan pastikan gula tersalut rata pada donut yg gebu.

Selamat mencuba resepi donat gebu yang kami kongsikan..

Resepi Menarik Lain

Selain resepi donat gebu yang lembut, sedap dan step simple ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.