Kali ini kami akan berkongsikan resepi bubur sumsum yang sedap dan manis tentunya.

Bubur sumsum siap menemani anda petang ini. Bubur sumsum jarang dihidangkan untuk hidangan jamuan mesyuarat atau kenduri lainnya kerana ia agak sukar untuk dihidangkan masa kenduri disebabkan kuahnya yang manis melekit. Oleh itu selalunya bubur sumsum dimasak untuk hidangan sendiri.

Sebagaimana telah penulis sampaikan diatas bahawa bubur sumsum merupakan sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis yang melekit sehingga boleh mengundang semut saking manisnya. Bubur sumsum berwarna putih dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air nisan atau gula kabong.

Bubur ini terkenal di Malaysia dan juga di Indonesia. Mesti anda tak sabar mahu resepi mudahnya kan. Baiklah cara-cara membuat bubur sumsum sedap dikongsikan oleh ‎Nana O Mey‎ di Facebook. Selamat mencuba.

Bubur Sumsum Untuk Hidangan 3-4 Orang

bubur sumsum

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras,
  • 2 sudu tepung jagung,
  • 4 ½ cawan santan,
  • 1 sudu kecik garam,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Kemudian hidupkan api sederhana. Kacau tanpa henti supaya tidak berketul sehingga tepung masak dan pekat.
  3. Padam api dan tuangkan dalam acuan atau bekas.
  4. Seterusnya sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, potong bubur sumsum siram dengan air gula.

Bahan Air Gula

  • 1 ketul gula melaka,
  • 3 sudu gula merah ( tak bubuh pun tak apa ),
  • Sedikit gula putih (ikut kemanisan masing-masing),
  • Air,
  • Daun pandan.

Cara Membuat Air Gula

  1. Campur semua bahan dan masak diatas api. Siap.
  2. Boleh sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Bila sudah sejuk, hidangkan bersama bubur sumsum.

Sangat mudah kan? Tunggu apalagi, jom buat resepinya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur sumsum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.