Kuih gunting adalah sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup yang merujuk pada cara ia dihasilkan, dan bukannya khusus pada resepi tertentu. Sesetengah orang memanggil kuih gunting dengan kerepek, keropok atau kacang (contoh : kerepek gunting).

Terdapat pelbagai jenis khusus kuih gunting yang pedas, manis, masin dan sebagainya, tetapi bahan-bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, marjerin, telur, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering, bawang putih dan bawang merah. Cara asas membuatnya ialah dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tersebut mengikut sukatan tertentu dan diuli sehingga menjadi doh. Doh tersebut digunting-gunting sebelum digoreng.

Terdapat pelbagai jenis kuih gunting di Malaysia. Bahan-bahan dan cara-cara asas membuat kuih gunting boleh diubah mengikut kemahiran tukang masak. Antara jenis-jenis kuih gunting yang ada di Malaysia ialah kuih gunting ikan bilis, kuih gunting udang, kuih gunting pedas, dan sebagainya. (Sumber: Google)

Dibawah ini kami tuliskan resepi kuih gunting yang mendapat perkongsian ramai yang dikongsikan oleh Nurul Fasihah Zamahidi di Facebook. Sila cuba resepi ini.

Resepi Kuih Gunting Kari (Rangup dan Sedap)

resepi kuih gunting

Imej via Facebook

Bahan-bahan

  • 4 biji bawang besar *
  • 2 genggam udang kering *
  • 3 sb jintan kasar *
  • 3 sb jintan putih *. (Blender semua bahan bertanda *)
  • 1kg tepung gandum
  • 4sb marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebihkan jika ingin lembut sedikit)
  • 1sb garam halus
  • 2 genggam daun kari
  • 2 genggam daun sup
  • 2sb cili kering kisar
  • Air secukupnya

Cara Memasak Kuih Gunting

1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan.

2. Kemudian masukkan bahan blend, gaul rata.

2. Masukkan garam, daun sup, daun kari dan cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh. Yang suka keras boleh letak air sedikit sahaja.

3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis, yang suka tebal boleh buat tebal sedikit.

4. Masak di atas pan sekejap sahaja. Untuk memudahkan kita gunting nanti.

resepi kuih gunting

Imej via Facebook

5. Sedia untuk digunting, ikut suka mahu gunting macam mana.

6. Goreng dalam minyak yang panas bersama dengan daun kari. Goreng sehingga keemasan.

resepi kuih gunting

Imej via Facebook

7. Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kuih Gunting, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.