Hari ini macam sedap kalau dapat makan tomyam seafood dengan nasi putih panas-panas. Kalau makan di kedai mesti rempah atau kuahnya lebih banyak daripada isi seafood bukan?

Tak salahkan mereka.Mestilah orang kedai kena fikir tentang untung rugi juga bukan.

Supaya dapat puas makan, memang sebaiknya buat sendiri tomyam seafood. Berselera tengok tomyam di dapur, puas makan dengan nasi putih, tambah pula makan dengan telur dadar, amboi makin sedap makan!

Untuk dapatkan citarasa tomyam seafood yang sedap, kami cadangkan anda untuk meniru resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi didatangkan daripada Fara Amirullah di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Tomyam Seafood

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Serai 3 batang,
  • Akar ketumbar satu batang,
  • Daun limau 6 helai,
  • Limau 6 biji (diperah dan diambil air),
  • Tomato 1 biji,
  • Bawang Holland 1 biji,
  • Cili padi 5 batang,
  • Carrot 1 biji,
  • Cendawan tiram 1 paket,
  • Kiub tomyam 2 kiub,
  • Tomyam paste,
  • Thai chili paste,
  • Santan.

    Imej via Facebook

Bahan seafood :

  • Udang 5 ekor,
  • Sotong 1 ekor,
  • Ketam 1 ekor,
  • Lala 500 gram.

Bahan blend :

  • Bawang merah 2 biji,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Cili kering 10 tangkai,

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blend dengan serai sampai pecah minyak.
  2. Tambahkan air dalam setengah periuk.
  3. Masukkan kiub tomyam.
  4. Masukkan tomyam paste 2 sudu makan.
  5. Thai chili paste 1 sudu makan.
  6. Masukkan akar ketumbar yang suda diketuk.
  7. Masa masukkan tomato boleh masukkan daun limau sekali.
  8. Santan pakai suku kotak tidak perlu banyak, kalau ingin gantikan dengan susu cair pon boleh.
  9. Masa ini boleh seimbangkan rasa dengan garam, gula dan air limau.
  10. Tomyam yang sedap ialah yang masam-masam sedikit maka lebihkan air limau.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tomyam seafood, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.