Anda sukakan jeruk? Mesti selalu terliur bila melintas di hadapan kedai yang menjual jeruk. Mesti hendak rasa sahaja semua jeruk itu bukan?

Jeruk jenis apa yang pernah anda cuba? Adakah jeruk salak, jeruk kedondong, jeruk mangga, jeruk buah pala, jeruk kundang, jeruk betik, jeruk kelubi dan banyak lagi yang lainnya. Beza buah, beza pula rasa jeruknya.

Pada perkongsian kali ini kami ingin berkongsikan resepi jeruk mangga kerana jeruk mangga ini banyak peminatnya. Penjerukan sendiri ialah proses pengawetan makanan dengan direndam di dalam larutan berasid (seperti cuka) atau larutan garam yang pekat.

Buat sendiri jeruk dijamin rangup macam beli di kedai dan tak sebabkan batuk sebab buat sendiri mesti lebih sihat dan boleh adjust bahan. Sila cuba resepi jeruk mangga yang dikongsikan oleh Leesa Alif‎ di laman Facebook seperti yang telah kami sunting di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Jeruk Mangga

jeruk mangga

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 20-25 biji mangga muda,
  • 1 sudu kecil kapur makan,
  • 5 sudu besar garam kasar dikacau sampai larut dengan air. Air agak-agak asalkan separas dengan buah yang hendak direndam,
  • 3 setengah cawan gula pasir dimasak dengan air secukupnya,
  • 2 sudu makan cuka masakan (tambahan).

Cara Penyediaan :

  1. Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh hanya bersihkan kulitnya kemudian belah dua atau potong kecil, buang biji dan selaputnya.
  2. Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. (Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk jadi rangup. Jika nampak hitam-hitam lebam sila abaikan. Itu cuma tindak balas kapur bila direndam dengan buah pelam yang bergetah.
  3. Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut. Toskan.
  4. Masukkan mangga dalam bekas bertutup.
  5. Tuangkan bancuhan air dan garam ke dalamnya.
  6. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga.
  7. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
  8. Selepas rendam 2 hari buang air garam tadi.
  9. Masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam.
  10. Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
  11. Apabila air gula sudah sejuk, masukkan 2 sb cuka masakan. Toskan mangga.
  12. Tuang air gula + cuka kedalam bekas kedap udara.
  13. Peram selama 1 hari diluar.
  14. Hari kedua, masukkan ke dalam peti ais.
  15. Biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.
  16. Simpan lebih lama lagi dalam peti ais lagi sedap. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jeruk mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.