Hai semua! Entry kali ini ialah pasal kuih buah Melaka atau dipanggil juga sebagai onde-onde atau kuih kolopong jika di Negeri Sembilan. Jika anda terbayangkan kuih ini, pasti apa yang terlintas di benak fikiran anda ialah gula cair yang penuh di dalam mulut apabila anda mengunyahnya. Ramai yang gemarkannya dan sangat popular apabila menjelang bulan Ramadhan sebagai menu sampingan semasa berbuka puasa.

Kuih ini dipanggil sebagai kuih buah Melaka kerana ia menggunakan gula Melaka sebagai intinya. Apabila dimasak, gula itu akan mencair dan apabila dingap ke dalam mulut, memang melting habis. Sedapp sangat! Kalau nak beli kuih ini di kedai, ia dijual dalam range harga 2-3 biji untuk RM1. Bayangkan kalau nak beli banyak, agak mahal jugaklah. Jadi, better buat sendiri kalau nak makan banyak-banyak kan.

Pastikan resepi dan bahan-bahan disukat dengan betul agar kuih onde-onde anda sedap dan menjadi. Sebab apa, ada yang buat kuih ni jadi liat nak makan dan rasa keras je. So, rosaklah rasa sedap kuih dan tak nikmat lah nak makan. Kuih buah Melaka kalau kene dengan caranya, ia tidak pecah apabila dimasak, berbau wangi dan lembut apabila dimakan.

Jadi, resepi kali ini ialah resepi buah Melaka aka onde-onde yang dihantar special oleh saudari Mariana Zainal di Facebook. Resepi ini mendapat banyak perhatian dank omen dari pengguna Facebook. Jadi, jom try resepi kuih yang mantap ni!

Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde

Kuih Buah Melaka

Image via Facebook

Bahan-bahan:

1 batang gula melaka(potong dadu)ketepikan
1/2 biji kelapa parut gaul dengan sedikit garam(ketepikan)

Untuk Doh:

2 cawan tepung pulut (sama rata)
3 sdb membukit tepung gandum
Secubit dua garam
1 cawan penuh air (daun pandan 4 helai dikisar dengan air kemudian sy sukat satu cawan)
Jika tiada daun pandan, pewarna hijau epal boleh digunakan.
(satukan semua uli hingga jadi doh x melekat ditangan)

Cara Penyediaan:

(1) Satukan semua bahan untuk doh dan uli sehinggah doh tidak melekat di tangan.
(2) Didihkan air dalam periuk sementara untuk sediakan bahan.
(3) Doh dibulat2kan kecil-kecil dan dimasukkan gula Melaka yang dipotong dadu tadi sebagai inti.
(4) Masukkan ke dalam air yang mendidih tadi sehingga masak. Nak tahu masak atau tak, buah Melaka/onde-onde akan timbul di permukaan atas. Bolehla dicedok menggunakan penapis dan toskan
(5) Kemudian, bolehlah golek2kan ke atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selain resepi kuih buah Melaka yang sedap ni, ada banyak lagi tau resepi yang best-best ada di blog bidadari.my ni. Jemputlah unutk lihat kesemuanya ya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.