Anda pernah makan kuih kaswi? Mungkin anda biasa makan, tapi untuk makan yang sedap tu pasti jarang jarang bukan. Hari ini Bidadari.my akan berkongsi satu resepi yang memang dijamin sedap! Ayuh kita cuba sendiri resepi kuih kaswi ini.

Kuih kaswi adalah antara kuih yang popuar dan laris jika dijual di pasar malam. Tetapi, sebenarnya kuih ini sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Dan lebih menarik lagi, tanpa perlu keluar ke rumah.

Kuih kaswi dengan kelapa parut di atasnya memang tak dapat dipisahkan. Ibaratnya, tidak lengkap kuih kaswi tanpa kelapa di atasnya. Di tambah pula dengan kuih kaswi yang sedap pasti akan membuatkan minum petang anda lebih bermakna.

Resepi yang power ini telah mendapat 4.3 Ribu perkongsian di laman media sosial semenjak ia di post. Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur segera.

Resepi ini dikongsikan oleh  Puan Zaimah Zakaria‎ dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi

Imej via Facebook

Kuih kaswi kalau banyak tepung ubi jadi liat. Saya kurang gemar, resepi ni saya RnD sendiri guna tepung beras dengan santan tepung ubi letak sikit je. Alhamdulillah sedap sangat

Bahan bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air*
  • 2 cawan gula merah*
  • 2 sudu besar air kapur (Jangan terlalu jernih. Ambik pekat sikit)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan

Cara cara Memasak

  1. Masak gula merah dalam 2 cawan air tadi. Masuk daun pandan (saya guna gula merah cap bintang tak perlu tapis lagi dan tak banyak sampah)
  2. Biarkan air gula merah sejuk
  3. Campurkan dengan bahan bahan yang lain. Kacau sebati
  4. Sapu minyak sedikit dalam loyang.
  5. Panaskan pengukus dahulu. Dah mendidih baru masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit
  6. Dah sejuk baru potong, gaul dengan kelapa yang dicampur dengan secubit garam

Selamat Mencuba

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih kaswi, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .