Kuih lompat tikam memang sedap dan lazat. Apakah anda tercari-cari resepi lompat tikam yang lazat terangkat? Mari tengok resepi kuih lompat tikam yang mudah sedap dan lazat daripada Wani Suhaimidi Facebook ini.

Kuih lompat tikam diperbuat daripada tepung beras, pulut dan disiram dengan air nisan (kuah gula melaka). Tepung beras dibuat menjadi adunan lunak serupa bubur dan biasanya diberi warna hijau dan putih. Beras pulut pula diberi pewarna merah. Sehingganya tampilan kuih lompat tikam ini sangat merangsang selera.

Kuih lompat tikam boleh dijadikan hidangan untuk jualan. Mahupun dimakan bersama keluarga. Rasa manis kuah melaka sangat menyatukan rasa hidangan ini. Kanak-kanak pula semestinya suka kuih ini sebab ia manis dan menarik.

Tanpa tunggu lama, sila tengok resepi kuih lompat tikam yang dikongsikan oleh Wani Suhaimi‎ di Facebook dan telah kami suntingkan pada perkongsian resepi kali ini. Selamat mencuba.

Resepi Kuih Lompat Tikam

lompat tikam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Lapisan hijau :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 3 cawan air,
  • 1 cawan air daun pandan @ pewarna hijau,
  • ½ sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil air kapur.

Lapisan putih :

  • 1 senduk tepung beras (yang ini saya ganti dengan tepung pulut),
  • 2 cawan santan,
  • ½ cawan air,
  • ½ sudu kecil garam.

Pulut merah :

  • 1 cawan pulut direndam 1 jam terlebih dahulu,
  • ½ cawan air,
  • ½ sudu kecil garam,
  • 2 sudu besar gula,
  • Pewarna merah.

Air nisan (gula melaka) :

  • 2 keping nisan @ gula melaka,
  • 4 sudu besar gula,
  • 1 cawan air.

Cara-cara :

Lapisan hijau :

  1. Mula-mula gaul rata lapisan hijau dalam mangkuk kemudian tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi ianya mengalir laju dan tidak melekat pada senduk.
  2. Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat.
  3. Kemudian kecilkan api dan tutup periuk, biarkan selama 5 minit.
  4. Lalu buka periuk terus kacau balik dan ulang sehingga adunan berkilat serta mengelembung.
  5. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang dipotong.

Pulut merah :

  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik uap.
  2. Tutup api dan angkat.
  3. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang dicampur garam dan gula.
  4. Lalu kukus semula dalam 10 minit sehingga naik uap. Angkat dan sejukkan.

Air nisan (gula Melaka) :

  • Masak nisan dan gula sehingga hancur kemudian sejukkan.

Lapisan putih :

  1. Masukkan semua bahan.
  2. Kacau di atas dapur guna api perlahan sampai pekat.

Cara Menghidang :

  1. Potong lapisan hijau dan letak dalam pinggan.
  2. Letak sedikit pulut kemudian sendukkn lapisan putih ke atasnya.
  3. Akhir sekali tuang gula melaka.
    Selamat menikmati.
lompat tikam

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lompat tikam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.