Kuih siput merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat kita yang terkenal dan sangat mudah untuk dibuat. Rating kuih ini sangat popular jika menjelang musim perayaan kerana ramai yang ingin menyediakan juadah ini untuk para tetamu yang bertandang ke rumah. Tidak kurang juga yang membuat kuih siput ini sebagai sumber pendapatan sampingan.

Kuih siput ini rasanya agak berempah tetapi tidaklah sepedas atau kuat rempahnya seperti kuih muruku. Biasalah tekak Melayu kan, suka pedas-pedas tapi takdelah sampai terlalu pedas kan. Cukup sekadar ada rasa pedas dan rasa rempahnya. Yang penting, secukup rasa sedap dimakan.

Nak rangupkan kuih siput, pastikan resepi menggunakan marjerin. Lagi banyak marjerin, maka bertambah rapuhla kuih siput anda. Jadi, bergantung kepada citarasa masing-masing lah yer. Dan untuk menjadikan rasa kick pada kuih siput tu, gorenglah kuih tersebut bersama-sama dengan daun kari yang fresh. Kuih siput anda akan lebih harum beraroma dan lebih menyelerakan.

Kali ini, kami kongsikan resepi kuih siput yang telah diupload oleh saudara Husreezal Rushdee di Facebook. Menurut beliau, 1 adunan ni boleh dapat 1.4kg kuih siput dengan modal tak sampai pun RM 8.00. Haa kalau nak berniaga ni memang menguntungkan lah jugak kan selagi rajin ada dalam diri. Hihi

Resepi Kuih Siput

kuih siput

Image via Facebook.

Bahan-bahan:

• 1 kg tepung gandum
• 2 sudu serbuk kari daging
• 2 sudu serbuk kari ikan
• 2 sudu jintan manis (sangai & tumbuk kasar)
• 2 biji telur
• 4 sudu besar penuh marjerin (cair & sejukkan), kalau suka kuih yg rapuh lebihkan lg merjerin.
• 1 sudu garam + 2 sudu gula (larutkan dlm 1 cawan air)
• 1 cawan air
• 6 tangkai daun kari blend kasar
• 6 tangkai daun kari (utk digoreng)
• Minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

1) Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan serbuk kari daging & ikan, daun kari yg diblend & jintan manis, gaul hingga rata.
2) Pecahkan dua biji telur, pukul seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung & gaul rata.
3) Masukkan marjerin dan gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.
4) Masukkan air, garam & gula sedikit demi sedikit, tambah air & uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
5) Rehatkan doh 1/2 jam & Cubitkan doh kecil-kecil supaya senang nak ditekan di acuan & dapatkan saiz yg lebih kurang sama
6) Kemudian, bolehlah ditekan dgn menggunankan acuan kuih siput. Taburkan sedikit tepung pada dulang/bekas utk mengelakkan kuih melekat.
6) Goreng dengan api yg sederhana dan masukkan daun kari bila kuih hampir garing, angkat & sejukkan, simpan dlm bekas yg kedap udara.

Selain resepi kuih siput ini, kami juga banyak memaparkan resepi-resepi lain untuk rujukan anda. jemput untuk melihat kesemua resepi dari kami ya. Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE.

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.