Mesti anda pernah dengar kuih keria sira gula melaka kan? Kalau nak tahu, kuih ini viral sekitar tahun 2016. Apa kata anda cuba resepi kuih keria viral ini.

Memang tak salah kalau anda mencuba kerana resepi ini telah banyak di cuba oleh netizen dan rata rata memuji kesedapan kuih ini.

2.8 orang telah share resepi ini semenjak ia dipost. Ini membuktikan resepi ini betul betul menjadi! Ayuh cuba sendiri resepi kuih keria sira gula melaka viral ini.

Resepi ini dikongsikan oleh MamaMimi Asmah dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kuih Keria

Resepi Kuih Keria

Imej via Facebook

Kuih Keria

  • 2 kg keledek putih
  • 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
  • garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk merebus keledek
  • minyak untuk menggoreng

Sira Gula Melaka

  • 1 block gula melaka ~ lihat gambar
  • Sedikit gula batu ~ lihat gambar
  • 1 sudu besar gula kasar
  • 5 sudu besar air

Cara – cara

Kuih Keria

  1. Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
  3. Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
  4. Kemudian gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nak besar mana
  5. Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan
  6. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka
Resepi Kuih Keria

Imej via Facebook

Sira Gula Melaka

  1. Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
  2. Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
  3. Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk
  4. Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati
Resepi Kuih Keria

Imej via Facebook

NOTA :

#1 : Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.
#2 : Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
#3 : Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.

Resepi Kuih Lain Yang Menarik

Selain resepi kuih keria, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.