Nasi Goreng Kampung adalah satu juadah yang tidak asing lagi bagi kita orang Malaysia. Rasanya amat lazat dan pedas terangkat boleh menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang merasainya. Cara pembuatannya amat mudah dan pelbagai jenis golongan boleh memasak juadah ini. Nasi goreng kampung ini selalunya dimakan pada waktu malam, tapi sebenarnya anda boleh makan bila bila sahaja yang anda mahukan kerana ianya amat lazat dan mudah.

Nasi goreng kampung sangat terkenal dan mudah didapati di warung – warung dan restoran di sekitar Malaysia. Selalunya, nasi goreng kampung akan dihidangkan bersama dengan keropok bersama hirisan timun bagi menambahkan variasi dalam masakan. Salah satu cara untuk  mengenal pasti yang mana satu nasi goreng kampung, selalunya nasi goreng kampung akan menggunakan sayur kankung di dalam masakan.

Resepi yang akan kami bawakan ini dikongsikan oleh Norhayati Yusoff dan telah mendapat banyak komen positif. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi ini!

Resepi Nasi Goreng Kampung

nasi goreng kampung

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 cawan nasi putih (6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
  • Cili padi (10 tangkai)
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
  • Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
  • Minyak untuk menumis

Cara – cara memasak:

  1. Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  3. Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  4. Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  5. Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  6. Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi. 
  7. Masak sampai betul rata perasanya.
  8. Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi nasi goreng kampung ini, terdapat pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Hidangkanlah juadah ini kepada yang tersayang ya, pasti mereka akan menggemarinya. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .