Mencari resepi nasi kak wok yang sedap? Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi kak wok yang sedap dan lazat. Resepi asal daripada ‎Mazliza Ahmad‎ di laman Facebook.

Nasi kak wok ialah nasi dihidangkan dengan gulai, ayam goreng dan sambal belacan. Nasi kak wok ramai peminatnya, ianya biasa dibeli sebagai santapan makan tengah hari. Nasi kak wok ramai diminati oleh orang-orang yang bekerja mahupun pelajar sebagai bekal makan.

Selain daripada itu, nasi kak wok juga boleh dijadikan sebagai hidangan untuk acara kenduri-kendara. Nasi kak wok yang bersayur lengkap dengan ayam goreng tentunya akan memuasakan selera tetamu.

Anda yang mencari-cari resepi nasi kak wok, sila cuba resepi ini. Selamat menjamu selera.

Resepi Nasi Kak Wok

nasi kak wok

Imej via Facebook

Ayam Goreng Kak Wok

ayam kak wok

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 7 @ 8 ketul ayam-potong kecil,
  • 1 sudu teh serbuk kunyit,
  • 1 sudu makan rempah kari daging,
  • 1 sudu makan tepung bestari pedas,
  • Garam dan perasa.

Cara-cara :

  • Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam kemudian goreng garing.

Sambal Belacan

sambal belacan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 15 @ 20 tangkai cili padi,
  • 1 inci belacan,
  • 1 biji bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji,
  • Garam, perasa dan gula.

Cara-cara :

  1. Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu (kecuali limau).
  2. Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa.
  3. Jika sudah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau.
  4. Masukkan [email protected] keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata.

Gulai Kak Wok

gulai kak wok

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Segala tulang dan kaki ayam-cincang,
  • 2 biji bawang besar-hiris nipis,
  • 4 ulas bawang putih-hiris,
  • 1 inci halia,
  • 2 paket kecik rempah kari daging babas,
  • 1/2 paket kecik rempah kerutub adabi,
  • 1 biji terung-potong kecik,
  • 3 @ 4 batang kacang panjang dipatah-patahkan,
  • 1/2 kotak kecik santan,
  • 2 keping asam keping,
  • 1 sudu makan gula merah,
  • 1 sudu makan gula putih,
  • Garam dan perasa.

Cara-cara :

  1. Bancuh kedua rempah dengan air.
  2. Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan rempah dan tumis garing.
  4. Masukkan 1 mangkuk air.
  5. Masukkan tulang ayam dan sayur.
  6. Masukkan gula merah, gula, garam dan perasa.
  7. Masukkan asam keping dan santan.
  8. Samakan rasa dan kepekatan kuahnya.

Hidangkan dengan nasi putih yang diletakkan daun pandan 2 @ 3 helai.
Sangat menarik bukan? Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi kak wok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.